html

Jumaat, 29 April 2011

Hasil kerja...

Ni la hasil kerja aku (SITI SARAH), AMIN HUSAINI, dan MAISUR FITRI. Ni final projek PUBLICATION DESIGN ktorg...cantik tak...giler x cantik, kene puji ni dgn SIR P, MADAM ZIMAH dan MADAM NORA. Masa ktorg present ari 2, dlm kotak ni ad donat, pas2 2 donatnye abis la dimakan oleh bdk2 del yg ad dlm kelas R1 2...Tp mmg puas hati sbb usaha ktorg slma ni berhasil dan dpt pujian. Walaupon kerja WRITING FOR TV aku ngan bdk blk aku x dpt pujian tp keje ni dpt pujian...x kisah la duit abis berpuluh2 rgt ke, x tdo bermalam-malam ke jji dpt hasilkan kerja yang bagus...Harap sem depan tok subjek lain dapat buat yg lagi bagus dari ni, bru la byk tmpt nak tawarkan aku keje nnti...(berangan dlu)....Lepas ni aku kene bersedia tok final plk...Buat nota, baca buku.....Berusaha SARAH...

Ahad, 24 April 2011

Ku Menunggu - Rossa

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cintai ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Hahaha lirik lagu ni mmg same ngan aku. Ye la suke kat org 2 tp die dah ad makwe. Tp ttp ad niat tok bersame ngan die. Sanggup tunggu lagi 2. Hahaha bile la blh dpt org 2 kan????

Ahad, 17 April 2011

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sabtu, 16 April 2011

keje giler bersama kawan-kawan...

hahaha x penah seumur hidop aku 1 hari tgk wayang smpi 2 cter. mmg giler...pe yg giler, smuenye la.... semalam 15/4/2011 aku, nadia,ena,omi,shila ngan mia kte org pergi ke ECM tok tgk wayang. ktorg gerak dri ostel dlm kol 12.30tghari naik abg epi...mcm biase la. mule2 ktorg tgk cter senjakala dlu. mse 2 dah x jdi nak tgk justin bieber sbb die ad 3d je. ktorg ni pening skt kalo pki cermin mata 3d 2. tp mse tgk iklan time cter senjakala 2 trs smue jdi giler, giler sbb nak tgk justin bieber never say never. habis je senjakala trs gi bli tiket tok JB plk...mse tgk JB x yah cter mcm mane ktorg kat dlm 2. dah la ktorg org yg pertama msk pas2 dok barisan paling dpn plk 2(bkn dpn skli tp plng dpn dri yg lain)...mse msk 2 mule la smue nak gayakan cermin mata 3d 2, siap amik pic lgi 2. mse cter dah mule ktorg tgk mcm tgk konsert. mane taknye pki 3d, JB 2 mcm ad kat dpn mata je. Bdk2 ni menjerit x ingat dunia dah. kalo nyanyi lgi la x ingat dunia...pas dah abis smue malu nak kua sbb tdi jerit mcm wayang 2 ktorg yg punye...tp ari 2 mmg best walaupon duit habis byk giler....huhuhu mggu ni kene la puase dari isnin smpi kamis...duit dah abis.....pasni x leh wat lgi sbb dah nak final. kalo nak wat lgi sem dpn plk...hehehe tp kalo lgi rmai lgi best....

Rabu, 13 April 2011

Cinta Dalam Hati.....


Salam...

hehehe saje je nak post pic ni, bkn pe minat giler kat die. Bkn sbb die hensem tp sbb die pandai giler main bola. Ala takkan x kenal kot pemain bola kebangsaan bawah 23 tahun, WAN ZAHARULNIZAM WAN ZAKARIA. Dia ni main kat Harimau Muda A. Aku mule2 kenal dia mase tgk Malaysia vs Pakistan ari 2. Tgk die main comel giler. Pas2 dia golkan plk, lagi la aku suke. Kalo dalam pasukan dia org panggil die kecik...hehehe same la plk...Tp die mmg comel. Pandai main bola.Dah ad 2 ciri2 lelaki idaman aku. Ye la aku kan nak cri lelaki yang main bola sbb aku suke giler tgk bola...Kalo dapat laki yang giler bola, baru masuk ngan aku....Kalo la satu hari nnti aku dapat jumpa die, nnti aku nak ckp, `sudi tak awk jdi pakwe saye` (mcm brani je nak ckp)....amin...mintak2 tuhan kabulkan doa aku ni.....

Selasa, 5 April 2011

5/4/2011

hari ni srmai 40 org pelajar del dan 3 org lecture del gi ke media prima. best giler, dah la dpt melawat blk berita, dpt lgi live kat wanita hari ini tau. bkn 2 je dpt jmpa zizan tau. zizan siap ddk kat dpn aku lgi 2. tp yg sedihnya x dpt ambil gambo ngan die la. die pon mcm nak cpt je, abis interview trs gi, nak amik gambo pon x smpt. meby die ad keje lain 2. x kisah la jji dpt gak jmpa. pas2 aku dpt jmpa dgn hani madu dj kat fly fm 2, aku x la kenal sgt, tp die mmg popular gak la. pas2 dpt jmpa ngan ikwan, kieran ngan tini. kalo ikwan ngan tini aku mmg penah jmpa ms hot fm big jam dlu. kire x kisah la, tp yg bestnye dpt amik gambo ngan kieran tau, sebelah lgi. gambo ngan ikwan x berape jelas, tp x pe la meby x de rzki..tp gi sne mmg best...insyaallah satu hari nnti aku plk akan keje kat si2...amin...