html

Ahad, 24 Julai 2011

Dia Gadis Bertudung...(hasil kerja p'1)

Dia seorang gadis bertudung yang bernama Siti Sarah Binti Bakar yang telah dilahirkan pada 8 Febuary 1991 di hospital yang menjadi kebanggaan seluruh penduduk di bandar diraja Klang Selangor iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Penampilannya sungguh ringkas. Seorang yang mementingkan keringkasan dan kesempurnaan. Dia mempunyai bentuk bulu kening yang begitu sempurna, tidak perlu dilukis atau dibentuk. Dia juga mempunyai aris mata yang sempurna. Tanpa menggunakan sebarang alat solek, matanya boleh diserlahkan. Dia juga mempunyai satu lesung pipit di pipi kanannya walaupun jarang kelihatan jika dia tidak tersenyum manja dan juga mempunyai bulu mata boleh menyerlahkan lagi aris matanya. Selain itu, dengan ketinggian yang hanya setinggi 140 cm dia begitu terserlah daripada rakan-rakannya yang lain. Walaupun tidak bernasib baik dalam bab ketinggian tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya di masa akan datang dan dalam hidupnya.

Mempunyai sebuah keluarga yang begitu kecil iaitu seorang abang dan seorang kakak, anak kepada pasangan suami isteri Bakar Bin Md Ali dan Masnah Binti Ayob ini lebih gemar dikenali sebagai kakak dikalangan ahli keluarganya dan Sarah dikalangan rakan sebaya. Bapanya seorang pengurus di sebuah bank di ibu kota Kuala Lumpur dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Walaupun dia adalah anak bongsu tetapi sifat matangnya tidak menunjukkan yang dia terlalu manja dengan ahli keluarganya. Dia juga lebih gemar berdikari berbanding bergantung kepada ahli keluarganya.

Anak jati Kapar Selangor ini menerima didikan awal di Tadika Taski Al-Hidayah Kapar sebelum meneruskan pembelajaran darjah satunya di Sekolah Kebangsaan Abdul Samad dan Sekolah Rendah Pekan Kapar. Dia seperti abang dan kakaknya iaitu sebelum memasuki alam persekolahan sebenar perlulah melatih diri di tadika. Selepas menamatkan sekolah rendahnya dengan mendapat keputusan UPSR sebanyak 2A2B1C, dia meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar selama lima tahun. Walaupun jarak antara sekolah dengan rumahnya begitu jauh iaitu 100 km, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Bak kata pepatah ‘menuntut ilmu sehingga ke negeri China’. Walaupun semasa di zaman persekolahan dia tidak begitu aktif dengan aktiviti yang pihak sekolah sediakan tetapi dia pernah menjadi wakil untuk sekolahnya dalam pertandingan English Drama Campaign dan mendapat tempat pertama bagi zon dearah Sabak Bernam. Dengan hasil usahanya selama lima tahun di tempat orang, dia telah menamatkan persekolahannya pada tahun 2008 dengan mendapat keputusan 2A4B1C1E untuk PMR dan 1A3B2C1D3E untuk SPM.

Walaupun dia tidak bernasib baik dalam keputusan SPMnya tetapi baginya hidup perlu diteruskan dan itu adalah baru satu permulaan. Dia terlah menyambung pelajarannya di sebuah kolej swasta di Pahang. Dengan percaturan mengambil Diploma Kewartawanan di IKIP International Kolej, dia berharap masa depannya akan berubah. Dia juga berharap, jurusan yang diambil ini akan dapat membuktikan kepada keluarganya bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.

Gadis kecil molek ini mempunyai perwatakkan yang boleh menggambarkan dirinya yang sebenar. Dia seorang yang manja dan lemah lembut. Tetapi siapa tahu disebalik sifat manja dan lemah lembutnya itu dia mempunyai sifat yang jarang ada pada seorang gadis suntik. Dia seorang gadis yang gemarkan cabaran. Aktiviti lasak adalah salah satu aktiviti yang di gemarinya. Tetapi dia tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti berkenaan kerana sering dibantah keluarga dan faktor tubuh badan yang terlalu kecil. Selain itu dia juga dilihat lebih matang daripada usianya yang baru mencecah 20 tahun. Ini terbukti apabila dia sudah tinggal jauh dari keluarga sejak belajar di tingkatan satu lagi. Dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh kerana dia merasakan dirinya akan lebih matang dan berdikari jika berjauhan dari keluarga. Tetapi di sebalik kekuatan yang dia ada, terdapat juga kelemahan yang tersimpan dalam hati keciknya itu. Dia seorang yang mudah tersentuh apabila melibatkan ibu dan ayahnya. Gadis bertudung ini akan mengalirkan air mata apabila ada yang dihajati oleh ibu dah ayahnya tidak ditunaikan.

Dalam hidup gadis yang berbintang aquarius ini, keluarga adalah perkara utama. Dia menganggap setiap perkara yang dilakukan adalah untuk kesenangan keluarganya. Setiap kejayaan yang ingin dikecapi juga akan membuatkan keluarganya merasa bangga kepada dirinya. Anak bongsu kepada Bakar Bin Md Ali dan Masnah Binti Ayob ini juga ada perkara yang diminati dan ada juga perkara yang tidak diminatinya dalam dunia yang sunggu moden ini. Perkara yang paling dia suka lakukan ialah memasak. Baginya jika seseorang itu lapar dia perlu mencari makanan tetapi jika makanan itu tidak dimasak sama juga ertinya, makanan itu tidak boleh dimakan. Dia berasa bahagia apabila dia dapat masak makanan kesukaan ahli keluarga. Baginya masak adalah perkara yang paling mudah dan mengembirakan yang pernah dia lakukan dalam hidup. Tetapi dalam kerajinan dia memasak, gadis 20 tahun ini tidak gemar mengemas rumah. Baginya pengemas rumah adalah sesuatu perkara yang memenatkan kerana setelah dikemas bahagian tersebut akan disepahkan juga akhirnya. Tetapi lumrah seorang wanita yang hidup dibumi ALLAH ini, walaupun tidak menggemarinya dia tetap melakukannya juga supaya dia dapat hidup dalam suasana yang tenang. Dia juga gemarkan suasana yang tenang.

Dalam hidupnya dia berpegang dengan ajaran agama islam yang telah diajar oleh NABI MUHAMMAD S.W.T.. Baginya setiap yang dilakukan perlu mengikut hukum syariah islam kerana kita hidup bukan didunia sahaja tetapi untuk akhirat juga. Dia tidak begitu menggemari isu-isu yang berkaitan dengan politik. Baginya politik adalah satu bidang yang akan membuatkan perbalahan antara satu sama lain. Selain itu, dia juga berpendapat lebih elok jika di Malaysia mengamalkan undang-undang mengikut hukum hakam agama seperti yang terdapat dalam Al-Quran.

Gadis yang mesra dipanggil Sarah ini memasang angan-angan untuk menjadi seorang wartawan sukan yang terbaik di Malaysia. Faktor yang menyebabkan dia begitu minat dan berazam ingin menjadi seorang wartawan sukan adalah kerana dia begitu minat dengan sukan bola sepak. Dia juga menjadikan wartawan sukan TV3 Fadzil Mohd Rais sebagai idolanya. Dia juga berharap dapat membuat liputan bukan sahaja didalam Malaysia tetapi diluar Malaysia supaya dapat menimba lebih banyak pengalaman.

Anak ketiga daripada tiga adik beradik ini mempunyai kemahiran yang seharusnya ada pada seorang wartawan yang terbaik. Kemahirannya ialah peka dari segi pendengaran dan suka menulis apa maklumat penting yang diterimanya. Dia juga sering melatih diri untuk menulis dan menaip dengan kadar yang laju kerana kemahiran itu wajib ada pada seorang wartawan yang berjaya. Selain daripada Fadzil Mohd Rais yang dijadikan sebagai idola, wartawan Astro Awani Ashwad Ismail juga salah seorang idolanya. Dia menganggap Ashwad Ismail seorang wartawan yang mempunyai pengalaman yang luas dan tidak pernah gentar dalam melaksanakan tugas. Ini jugalah sebab dan penyebab gadis kecil molek ini begitu bersemangat untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya dan berkebolehan dalam semua faktor.

Setiap apa yang dilaku oleh manusia perlu diadakan dengan motivasi. Sama ada dari segi lisan atau penulisan. Selain motivasi daripada ahli keluarga dan panduan daripada setiap idolanya, gadis berkulit sawo matang ini menjadikan sebuah artikel dari seorang ilmiah yang bernama Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad sebagai pembakar semangat buatnya. Artikel yang bertajuk ‘Cabar Diri Untuk Berjaya’ itu ditulis pada Disember 2003 dan diterbitkan dalam Majalah Cermin. Didalam artikel tersebut ada menyebut cara atau langkah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya dan hidup. Satu ayat yang menjadi perangsang untuknya ialah ‘lihat mereka yang lebih berjaya dari kita’. Dengan ayat ini dia menganggap yang dia perlu cemburu dengan kejayaan orang lain.

Semua manusia mempunyai harapan dan cita-cita. Begitu juga gadis bernama Siti Sarah Binti Bakar ini. Dia berharap pada suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang berjaya dan tidak dipandang rendah oleh orang sekeliling. Dan kata-kata semangat daripada Adflin Shauki dalam filem Soal Hati menjadi pegangan dalam hidupnya sehingga kini. “TANPA KEBERANIAN, MIMPI TIDAK BERMAKNA” .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan