html

Rabu, 2 November 2011

Artikel kesebelas - Berhati-hati Semasa Bersosial Di Internet


Menjelang tahun 2020, dunia teknologi sudah membangun dengan begitu pesat sekali. Pelbagai laman sosial yang tumbuh bagaikan cendawan segar di alam maya pada masa kini. Bermula dengan Yahoo Messenger dan kini telah ada MySpace, Facebook, Twitter yang merupakan satu fenomena pada remaja dan segelintir masyarakat didunia.
Tidak hanya tertumpu pada anak muda dan remaja sahaja, tetapi laman sosial ini telah berkembang kesemua peringkat umur dan golongan. Dengan laman sosial ini, mereka bukan sahaja boleh mencari atau mengenali rakan baru. Mereka juga boleh menjalankan perniagaan serta menyampaikan maklumat yang penting melalui laman sosial ini.
Tetapi ada antara segelintir pengguna yang tidak mengetahui fungsi sebenar laman sosial ini diwujudkan. Mereka menjadikan laman sosial ini medium untuk menjatuhkan seseorang selain merosokkan minda dan fikiran segelintir penggunanya. Oleh itu, perlulah kita ketahui cara dan kaedah yang selamat untuk kita melayari internet serta laman sosial supaya kita tidak terpengaruh dengan anasir-anasir negetif yang berada di alam maya itu sendiri.
Pelbagai cara dan kaedah yang ada boleh kita buat panduan untuk berjaga-jaga semasa melayari internet dan laman sosial. Antaranya yang pertama, kita hendaklah merahsiakan profil serta gambar peribadi daripada pengetahuan orang ramai. Cara ini tidak bermaksud yang kita tidak dibenarkan untuk meletak gambar kita di laman sosial. Tetapi kita harus berjaga-jaga dengan apa yang kita letakkan. Buatlah setting private pada gambar anda supaya mereka yang menjadi rakan anda didalam laman sosial sahaja yang boleh melihat gambar anda itu.
Cara yang kedua ialah berkawanlah dengan kawan yang sedia ada atau yang telah anda kenali sebelum ini. Cara ini tidak bermakna anda tidak dibenarkan sama sekali menerima rakan baru tetapi anda perlulah lebih berhati-hati semasa menerima rakan yang baru. Ini menyebabkan anda boleh mengelak dari diganggu oleh orang yang tidak dikenali, selain anda juga boleh mengelak dari komputer anda terkena virus yang boleh merosakkan komputer.
Seterusnya, anda dilarang meletakkan gambar yang mengaibkan diri anda atau orang lain. Jika anda seorang yang sering memuat naik gambar setiap kali anda pergi kemana-mana atau disesuatu acara, anda dinasihatkan supaya tidak meletakkan gambar yang akan mengaibkan diri anda atau individu yang berada dalam gambar tersebut. Anda perlu ingat bahawa laman sosial ini boleh dilihat oleh semua orang di serata dunia. Ia bukanlah laman peribadi anda seorang. Jadi sesiapa sahaja boleh melihat apa yang anda letak didalam laman sosial anda itu.
Berikutnya, anda perlulah selalu memeriksa dan sering meneliti maklumat peribadi yang telah anda tulis didalam laman sosial milik anda itu. Ini supaya anda tidak meletakkan maklumat-maklumat yang penting didalam akaun laman sosial anda. Jika anda tidak sering memeriksa, tidak mustahil akaun sosial anda mudah digodam oleh sesiapa yang tidak bertanggungjawab didalam alam maya itu.
Cara yang kelima ialah jika perlu letakkan kata kunci disetiap status atau gambar yang anda muat naik. Sebagai contoh, jika anda menulis sesuatu status didalam laman sosial anda, anda perlulah mengetahui cara dan gaya bahasa yang sering anda gunakan setiap kali anda menulis status tersebut. Dengan cara ini, anda boleh mengesakki jika ada sesiapa yang telah mengodam laman sosial anda tanpa pengetahian anda. Tetapi diingatkan supaya anda tidak memberitahu sesiapa tentang cara dan gaya bahasa yang anda gunakan.
Seterusnya ialah anda haruslah menyiasat dahulu siapa yang ingin menjadi rakan anda didalam laman sosial anda itu. Sebelum anda menerima permintaan untuk menjadi rakan, anda perlulah meneliti tentang diri orang itu. Anda perlu melihatnya maklumat tentang individu terbabit dan jika perlu melihat gambar-gambar yang telah di muat naik oleh individu berkenaan. Cara ini boleh mengelakkan anda dari menerima rakan yang tidak betul didalam laman sosial anda.
Cara dan kaedah yang seterusnya ialah, janganlah anda melepaskan perasaan marah atau apa sahaja didalam laman sosial milik anda itu. Ini kerana, jika anda tidak menjelaskan nama sesiapa di dalam status anda itu, ini bermakna status anda itu boleh ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan. Boleh jadi individu yang tidak berkenaan juga merasakan status berkenaan ditujukan kepadanya. Ini akan mencetuskan pergaduhan atau kesalahfahaman antara anda dengan rakan anda itu. Oleh itu, janganlah menulis status yang boleh mengelirukan individu yang membacanya.
Berikutnya, anda perlulah menyorokkan segala maklumat yang penting berkenaan diri anda yang berada dalam laman sosial ini. Cara ini bertujuan untuk mengelak dari maklumat peribadi anda dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab dan menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang tidak baik. Ini boleh menjejaskan diri anda serta akuan laman sosial anda sendiri.
Seterusnya, anda dinasihatkan supaya jangan menghebohkan segala masalah yang anda hadapi didalam laman sosial milik anda. Walaupun laman sosial itu merupakan milik persendirian anda, tetapi anda boleh  memalukan diri anda sendiri. Umum boleh membacanya dan masalah anda itu boleh menjadi perbualan umum. Ini akan membuatkan anda dimalukan dengan tindakan anda sendiri.
Selain itu, anda juga hendaklah tidak sewenang-wenangnya berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali melalui laman sosial. Sebagai contoh, menggunakan chat room dan webcam. Jika anda menggunakan medium ini, anda dinasihatkan supaya berhati-hati. Kerana melalui medium ini, anda boleh ditipu atau individu yang sebaliknya akan memperdayakan anda supaya anda mengikuti semua keinginan mereka. Tetapi tidak semua pengguna medium ini melakukan perkara tersebut. Ada segelintir individu sahaja yang tidak bertanggungjawab melakukannya. Jadi anda perlulah berhati-hati.
Cara dan kaedah yang terakhir yang perlu anda ikuti semasa anda melayari internet dan laman sosial ialah anda jangan mudah memberikan gambar peribadi anda kepada orang yang baru sahaja anda kenali. Ini kerana, dengan gambar yang anda bagi itu, individu berkenaan boleh melakukan apa-apa sahaja. Walaupun gambar yang anda berikan itu sungguh sopan tetapi teknologi boleh mengubah kesemuanya. Bukan sahaja gambar, video juga anda perlu berhati-hati. Zaman sekarang teknologi sudah begitu canggih. A boleh bertukar kepada B dan merah boleh bertukar kapada hitam. Jadi berhati-hatilah.
Ingatlah, walaupun laman sosial tersebut milik anda tetapi seluruh dunia boleh membacanya. Walaupun anda berfikir bahawa anda sahaja yang boleh membuka akaun milik anda tetapi anda silap. Teknolgi telah membuktikan segala-galanya. Jika laman web milik kerajaan pun boleh digodam, inikan pula laman sosial yang hanya memerlukan email serta kata kunci anda untuk membukanya. Jadi berhati-hatilah sebelum anda menulis sebarang status dan memuat naik sebarang gambar dan video kedalam laman sosial anda. Kerana bukan hanya ada sahaja yang boleh melihatnya. Berjuta-juta mata masih celik lagi diseluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan