html

Rabu, 27 Julai 2011

Sebelah kaki di STADIUM BUKIT JALIL...

Mcm x caye je sebelah kaki aku dah ad kat dalam stadium Bukit Jalil tok tgk perlawanan Pra Piala Dunia FIFA 2014 antara Malaysia vs Singapore... Sabtu ari 2 mse lawan kat Singapore, Malaysia kalah dengan dieorg 5-3. Esk kite akak tgk betapa hebatnye team HARIMAU MALAYA nak tumpaskan singa... Esk juga akan ad lautan kuning bitam dan biru di stadium yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia... Semangat ni nak gi esk.. Doa2 biar Malaysia menang kali ni... Hidup MALAYSIA hidup HARIMAU MALAYA... TANAH TUMPAH DARAHKU....

Selasa, 26 Julai 2011

Doakan kesihatan AYAH..(BAKAR B. MD ALI)

Semalam ayah aku dimasukkan ke Hospital Sri Kota Klang untuk opret jantung. Mcm biase la masalah mcm dlu lgi jantung tersumbat. Pagi tadi aku dpt tahu yang ayah dah msk blk opret tok wat injo tp doktor x dpt nak buat dgn sepenuhnya sbb saluran darah yg paling besar dah tersumbat jugak. Jadi tdi doktor dapt cairkan darah ayah je. Sekarang ni ayah kene ddk kat wad sementara tunggu keputusan dari doktor(mlm ni) untuk buat opret lagi sekali. Kali ni nak buat bypass plk. Harap2 semua akan berjalan dengan lancar.Aku isyaallah akan blk ke Klang hari jumaat sbb hari khamis 2 aku nak gi tgk bola jap. Doakan kesembuhan ayah aku...AMIN...

Isnin, 25 Julai 2011

25/01/2011

Assalamualaikum...mula dri skrg aku nak mule aktif kat blog plk, wlupon x de sape yg follow... ari ni nak cter bbrape pengalaman gmbire kat kolej... mulenye ari ni aku blja cre nak design magazine... ssh gak, mcm beperang aku ngan shila dlm lab tdi. Pas2 aku dpt tahu 1 brita gmbira, k.yana nak beli tiket bola (MALAYSIA vs SINGAPORE) OMG sebelah kaki aku mcm dah ad dlm stadium la, mcm x caye je.. Mmg bersyukur sgt sbb 2lah cita2 aku dri dlu, nak tgk bola kat stadium. Abg mmg penah bwk tp kat luar stadium la, die bgi aku dgr org jerit2 je... Tpi kali ni insyaallah akan tercapai... Nnti aku update pic kat stadium yek... Tapi dlm aku dpt brita gmbira 2, ad gak berita sedih yg aku dpt (wlupun aku dah tau lme berita ni). Ayah aku msk hospital. Pe lgi sakit jantung die lgi la. Salurannya tersumbat lgi. 2 la dah ckp jng hisap rokok, kan dah sshkan diri sendiri... Kalo aku nak cari suami nnti aku kene cri yg x hisap rokok la. Kalo die hisap gak, aku paksa die berenti...hehehehe

Ahad, 24 Julai 2011

Dia Gadis Bertudung...(hasil kerja p'1)

Dia seorang gadis bertudung yang bernama Siti Sarah Binti Bakar yang telah dilahirkan pada 8 Febuary 1991 di hospital yang menjadi kebanggaan seluruh penduduk di bandar diraja Klang Selangor iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Penampilannya sungguh ringkas. Seorang yang mementingkan keringkasan dan kesempurnaan. Dia mempunyai bentuk bulu kening yang begitu sempurna, tidak perlu dilukis atau dibentuk. Dia juga mempunyai aris mata yang sempurna. Tanpa menggunakan sebarang alat solek, matanya boleh diserlahkan. Dia juga mempunyai satu lesung pipit di pipi kanannya walaupun jarang kelihatan jika dia tidak tersenyum manja dan juga mempunyai bulu mata boleh menyerlahkan lagi aris matanya. Selain itu, dengan ketinggian yang hanya setinggi 140 cm dia begitu terserlah daripada rakan-rakannya yang lain. Walaupun tidak bernasib baik dalam bab ketinggian tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya di masa akan datang dan dalam hidupnya.

Mempunyai sebuah keluarga yang begitu kecil iaitu seorang abang dan seorang kakak, anak kepada pasangan suami isteri Bakar Bin Md Ali dan Masnah Binti Ayob ini lebih gemar dikenali sebagai kakak dikalangan ahli keluarganya dan Sarah dikalangan rakan sebaya. Bapanya seorang pengurus di sebuah bank di ibu kota Kuala Lumpur dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Walaupun dia adalah anak bongsu tetapi sifat matangnya tidak menunjukkan yang dia terlalu manja dengan ahli keluarganya. Dia juga lebih gemar berdikari berbanding bergantung kepada ahli keluarganya.

Anak jati Kapar Selangor ini menerima didikan awal di Tadika Taski Al-Hidayah Kapar sebelum meneruskan pembelajaran darjah satunya di Sekolah Kebangsaan Abdul Samad dan Sekolah Rendah Pekan Kapar. Dia seperti abang dan kakaknya iaitu sebelum memasuki alam persekolahan sebenar perlulah melatih diri di tadika. Selepas menamatkan sekolah rendahnya dengan mendapat keputusan UPSR sebanyak 2A2B1C, dia meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar selama lima tahun. Walaupun jarak antara sekolah dengan rumahnya begitu jauh iaitu 100 km, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Bak kata pepatah ‘menuntut ilmu sehingga ke negeri China’. Walaupun semasa di zaman persekolahan dia tidak begitu aktif dengan aktiviti yang pihak sekolah sediakan tetapi dia pernah menjadi wakil untuk sekolahnya dalam pertandingan English Drama Campaign dan mendapat tempat pertama bagi zon dearah Sabak Bernam. Dengan hasil usahanya selama lima tahun di tempat orang, dia telah menamatkan persekolahannya pada tahun 2008 dengan mendapat keputusan 2A4B1C1E untuk PMR dan 1A3B2C1D3E untuk SPM.

Walaupun dia tidak bernasib baik dalam keputusan SPMnya tetapi baginya hidup perlu diteruskan dan itu adalah baru satu permulaan. Dia terlah menyambung pelajarannya di sebuah kolej swasta di Pahang. Dengan percaturan mengambil Diploma Kewartawanan di IKIP International Kolej, dia berharap masa depannya akan berubah. Dia juga berharap, jurusan yang diambil ini akan dapat membuktikan kepada keluarganya bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.

Gadis kecil molek ini mempunyai perwatakkan yang boleh menggambarkan dirinya yang sebenar. Dia seorang yang manja dan lemah lembut. Tetapi siapa tahu disebalik sifat manja dan lemah lembutnya itu dia mempunyai sifat yang jarang ada pada seorang gadis suntik. Dia seorang gadis yang gemarkan cabaran. Aktiviti lasak adalah salah satu aktiviti yang di gemarinya. Tetapi dia tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti berkenaan kerana sering dibantah keluarga dan faktor tubuh badan yang terlalu kecil. Selain itu dia juga dilihat lebih matang daripada usianya yang baru mencecah 20 tahun. Ini terbukti apabila dia sudah tinggal jauh dari keluarga sejak belajar di tingkatan satu lagi. Dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh kerana dia merasakan dirinya akan lebih matang dan berdikari jika berjauhan dari keluarga. Tetapi di sebalik kekuatan yang dia ada, terdapat juga kelemahan yang tersimpan dalam hati keciknya itu. Dia seorang yang mudah tersentuh apabila melibatkan ibu dan ayahnya. Gadis bertudung ini akan mengalirkan air mata apabila ada yang dihajati oleh ibu dah ayahnya tidak ditunaikan.

Dalam hidup gadis yang berbintang aquarius ini, keluarga adalah perkara utama. Dia menganggap setiap perkara yang dilakukan adalah untuk kesenangan keluarganya. Setiap kejayaan yang ingin dikecapi juga akan membuatkan keluarganya merasa bangga kepada dirinya. Anak bongsu kepada Bakar Bin Md Ali dan Masnah Binti Ayob ini juga ada perkara yang diminati dan ada juga perkara yang tidak diminatinya dalam dunia yang sunggu moden ini. Perkara yang paling dia suka lakukan ialah memasak. Baginya jika seseorang itu lapar dia perlu mencari makanan tetapi jika makanan itu tidak dimasak sama juga ertinya, makanan itu tidak boleh dimakan. Dia berasa bahagia apabila dia dapat masak makanan kesukaan ahli keluarga. Baginya masak adalah perkara yang paling mudah dan mengembirakan yang pernah dia lakukan dalam hidup. Tetapi dalam kerajinan dia memasak, gadis 20 tahun ini tidak gemar mengemas rumah. Baginya pengemas rumah adalah sesuatu perkara yang memenatkan kerana setelah dikemas bahagian tersebut akan disepahkan juga akhirnya. Tetapi lumrah seorang wanita yang hidup dibumi ALLAH ini, walaupun tidak menggemarinya dia tetap melakukannya juga supaya dia dapat hidup dalam suasana yang tenang. Dia juga gemarkan suasana yang tenang.

Dalam hidupnya dia berpegang dengan ajaran agama islam yang telah diajar oleh NABI MUHAMMAD S.W.T.. Baginya setiap yang dilakukan perlu mengikut hukum syariah islam kerana kita hidup bukan didunia sahaja tetapi untuk akhirat juga. Dia tidak begitu menggemari isu-isu yang berkaitan dengan politik. Baginya politik adalah satu bidang yang akan membuatkan perbalahan antara satu sama lain. Selain itu, dia juga berpendapat lebih elok jika di Malaysia mengamalkan undang-undang mengikut hukum hakam agama seperti yang terdapat dalam Al-Quran.

Gadis yang mesra dipanggil Sarah ini memasang angan-angan untuk menjadi seorang wartawan sukan yang terbaik di Malaysia. Faktor yang menyebabkan dia begitu minat dan berazam ingin menjadi seorang wartawan sukan adalah kerana dia begitu minat dengan sukan bola sepak. Dia juga menjadikan wartawan sukan TV3 Fadzil Mohd Rais sebagai idolanya. Dia juga berharap dapat membuat liputan bukan sahaja didalam Malaysia tetapi diluar Malaysia supaya dapat menimba lebih banyak pengalaman.

Anak ketiga daripada tiga adik beradik ini mempunyai kemahiran yang seharusnya ada pada seorang wartawan yang terbaik. Kemahirannya ialah peka dari segi pendengaran dan suka menulis apa maklumat penting yang diterimanya. Dia juga sering melatih diri untuk menulis dan menaip dengan kadar yang laju kerana kemahiran itu wajib ada pada seorang wartawan yang berjaya. Selain daripada Fadzil Mohd Rais yang dijadikan sebagai idola, wartawan Astro Awani Ashwad Ismail juga salah seorang idolanya. Dia menganggap Ashwad Ismail seorang wartawan yang mempunyai pengalaman yang luas dan tidak pernah gentar dalam melaksanakan tugas. Ini jugalah sebab dan penyebab gadis kecil molek ini begitu bersemangat untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya dan berkebolehan dalam semua faktor.

Setiap apa yang dilaku oleh manusia perlu diadakan dengan motivasi. Sama ada dari segi lisan atau penulisan. Selain motivasi daripada ahli keluarga dan panduan daripada setiap idolanya, gadis berkulit sawo matang ini menjadikan sebuah artikel dari seorang ilmiah yang bernama Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad sebagai pembakar semangat buatnya. Artikel yang bertajuk ‘Cabar Diri Untuk Berjaya’ itu ditulis pada Disember 2003 dan diterbitkan dalam Majalah Cermin. Didalam artikel tersebut ada menyebut cara atau langkah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya dan hidup. Satu ayat yang menjadi perangsang untuknya ialah ‘lihat mereka yang lebih berjaya dari kita’. Dengan ayat ini dia menganggap yang dia perlu cemburu dengan kejayaan orang lain.

Semua manusia mempunyai harapan dan cita-cita. Begitu juga gadis bernama Siti Sarah Binti Bakar ini. Dia berharap pada suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang berjaya dan tidak dipandang rendah oleh orang sekeliling. Dan kata-kata semangat daripada Adflin Shauki dalam filem Soal Hati menjadi pegangan dalam hidupnya sehingga kini. “TANPA KEBERANIAN, MIMPI TIDAK BERMAKNA” .

Jumaat, 22 Julai 2011

Masih Mencari....

Aku rasa apa yang aku nak sekarang ni emue dah dpt tp ad satu saja lgi perkara yg sampai sekarang aku masih mencarinya. Pe lagi yg x cukup dalam diri aku kalau bukan CINTA. Kasih sayang dari keluarga, rakan2 semua aku dah dapat tpi kasih sayang dari seorang insan yang bernama kekasih masih belum aku rasa. Aku pon x tahu bila akan aku dapat merasa kasih sayang itu. Aku bukan tidak berusaha untuk mencarinya tetapi semua yang aku mengharap sudah berpunya. Aku juga insan biasa yg perlukan kasih sayang seorang lelaki yang bernama kekasih, imam, pemimpin untuk diri aku. Adakah aku ni terlalu memilih sehingga x ad yang nak dengan aku. Aku memilih tu wajar kerana aku mencari kekasih yang akan aku jdikan suami, yang akan membimbing aku ke jalan ALLAH. Aku x nak tersilap pilih dan aku bukan nak cari kekasih hanya untuk suka2 sahaja. Tetapi aku sering dikecewakan. Adakah aku ni terlalu berharap pada org yg x tahu aku berharap kepadanya? aku pon x tahu. Atau aku x perlu lagi memegang prinsip 'aku bukan perigi cari timba'. Sejak dri zaman sekolah lagi aku memegang prinsip 2 tp apa yang aku dapat. Sehingga sekarang aku masih lagi single, tidak berpunya. Umur aku sudah mencecah 20 tahun, aku x nak jdi mcm angah yg dah msk 25 tahun tpi masih tidak mempunyai pasangan hidup. Aku perlu mengenali pasangan hidup aku dahulu sekurang-kurangnya 1 tahun tp siapa? Aku berharap insan yang bernama kekasih akan muncul dalam hidup aku x lama lagi. A ku juga ingin melarasa itu semua.....

Isnin, 27 Jun 2011

Aku Bukan Pilihanmu - Isma...

Jutaan hari berlalu sudah
Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai

Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini

Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu

Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu


Khamis, 9 Jun 2011

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Bile aku dgr lagu ni pas2 hayati liriknye, aku rse mmg sesuai dgn aku. Ye la aku nak cri seorang lelaki yg sanggup terima aku seadanya, x kisah paras rupa...Tp mcm yg ad kat lirik 2, 2 smue kisah dongeng sahaja.....


Isnin, 9 Mei 2011

Bertemu Cinta - Mila (OST Nur Kasih The Movie)

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara

Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah

Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya

Isnin, 2 Mei 2011

Jom Heboh Kuantan



Ni pengalaman yg x boleh nak lupakan. Setelah 2 tahun aku duduk kat Kuantan ni, baru tahun ni aku berpeluang tok pergi ke JOM HEBOH. Bukan kat Selangor takde, tapi cam tak paham pulak, sape la yang nak bawak aku gi kan. Masa kat sne aku dapat amik gambar dengan Zain Saidin. Giler hensem. Kalo Fizz Fairus, Remy Ishak ngan Tiz Zakyah 2 tak dpt nak amik gambar same la sebab die org tengah promosi filem NUR KASIH THE MOVIE. Tapi yang bestnye dapat pegang tangan Remy Ishak. Ye la sebab dapat jwab soalan. Soalan senang giler,(drama nur kasih ada berapa episod) dah kata pon aku ni hari2 tgk cter 2, mesti la aku tau. Tapi yang tak puas hatinye x dpt tiket free sbb Fizz Fairus x puas hati sbb asik aku ngan Nadia je yang soalan. Ada ke die srh nyanyi, mmg la kalah. Tapi kalo die srh aku nyanyi lgi Nur Kasih 2 , aku nyanyi sbb aku hafal la skt...Tapi pe2 pon dpt gi sne mmg best. Pasni x de la aku kempunan lgi nak gi JOM HEBOH kat KUANTAN. Kalo ad rezeki nak plk gi JOM HEBOH kat KL. Kalo blh nak smpi konsert die skli....


Jumaat, 29 April 2011

Hasil kerja...

Ni la hasil kerja aku (SITI SARAH), AMIN HUSAINI, dan MAISUR FITRI. Ni final projek PUBLICATION DESIGN ktorg...cantik tak...giler x cantik, kene puji ni dgn SIR P, MADAM ZIMAH dan MADAM NORA. Masa ktorg present ari 2, dlm kotak ni ad donat, pas2 2 donatnye abis la dimakan oleh bdk2 del yg ad dlm kelas R1 2...Tp mmg puas hati sbb usaha ktorg slma ni berhasil dan dpt pujian. Walaupon kerja WRITING FOR TV aku ngan bdk blk aku x dpt pujian tp keje ni dpt pujian...x kisah la duit abis berpuluh2 rgt ke, x tdo bermalam-malam ke jji dpt hasilkan kerja yang bagus...Harap sem depan tok subjek lain dapat buat yg lagi bagus dari ni, bru la byk tmpt nak tawarkan aku keje nnti...(berangan dlu)....Lepas ni aku kene bersedia tok final plk...Buat nota, baca buku.....Berusaha SARAH...

Ahad, 24 April 2011

Ku Menunggu - Rossa

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cintai ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Hahaha lirik lagu ni mmg same ngan aku. Ye la suke kat org 2 tp die dah ad makwe. Tp ttp ad niat tok bersame ngan die. Sanggup tunggu lagi 2. Hahaha bile la blh dpt org 2 kan????

Ahad, 17 April 2011

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sabtu, 16 April 2011

keje giler bersama kawan-kawan...

hahaha x penah seumur hidop aku 1 hari tgk wayang smpi 2 cter. mmg giler...pe yg giler, smuenye la.... semalam 15/4/2011 aku, nadia,ena,omi,shila ngan mia kte org pergi ke ECM tok tgk wayang. ktorg gerak dri ostel dlm kol 12.30tghari naik abg epi...mcm biase la. mule2 ktorg tgk cter senjakala dlu. mse 2 dah x jdi nak tgk justin bieber sbb die ad 3d je. ktorg ni pening skt kalo pki cermin mata 3d 2. tp mse tgk iklan time cter senjakala 2 trs smue jdi giler, giler sbb nak tgk justin bieber never say never. habis je senjakala trs gi bli tiket tok JB plk...mse tgk JB x yah cter mcm mane ktorg kat dlm 2. dah la ktorg org yg pertama msk pas2 dok barisan paling dpn plk 2(bkn dpn skli tp plng dpn dri yg lain)...mse msk 2 mule la smue nak gayakan cermin mata 3d 2, siap amik pic lgi 2. mse cter dah mule ktorg tgk mcm tgk konsert. mane taknye pki 3d, JB 2 mcm ad kat dpn mata je. Bdk2 ni menjerit x ingat dunia dah. kalo nyanyi lgi la x ingat dunia...pas dah abis smue malu nak kua sbb tdi jerit mcm wayang 2 ktorg yg punye...tp ari 2 mmg best walaupon duit habis byk giler....huhuhu mggu ni kene la puase dari isnin smpi kamis...duit dah abis.....pasni x leh wat lgi sbb dah nak final. kalo nak wat lgi sem dpn plk...hehehe tp kalo lgi rmai lgi best....

Rabu, 13 April 2011

Cinta Dalam Hati.....


Salam...

hehehe saje je nak post pic ni, bkn pe minat giler kat die. Bkn sbb die hensem tp sbb die pandai giler main bola. Ala takkan x kenal kot pemain bola kebangsaan bawah 23 tahun, WAN ZAHARULNIZAM WAN ZAKARIA. Dia ni main kat Harimau Muda A. Aku mule2 kenal dia mase tgk Malaysia vs Pakistan ari 2. Tgk die main comel giler. Pas2 dia golkan plk, lagi la aku suke. Kalo dalam pasukan dia org panggil die kecik...hehehe same la plk...Tp die mmg comel. Pandai main bola.Dah ad 2 ciri2 lelaki idaman aku. Ye la aku kan nak cri lelaki yang main bola sbb aku suke giler tgk bola...Kalo dapat laki yang giler bola, baru masuk ngan aku....Kalo la satu hari nnti aku dapat jumpa die, nnti aku nak ckp, `sudi tak awk jdi pakwe saye` (mcm brani je nak ckp)....amin...mintak2 tuhan kabulkan doa aku ni.....

Selasa, 5 April 2011

5/4/2011

hari ni srmai 40 org pelajar del dan 3 org lecture del gi ke media prima. best giler, dah la dpt melawat blk berita, dpt lgi live kat wanita hari ini tau. bkn 2 je dpt jmpa zizan tau. zizan siap ddk kat dpn aku lgi 2. tp yg sedihnya x dpt ambil gambo ngan die la. die pon mcm nak cpt je, abis interview trs gi, nak amik gambo pon x smpt. meby die ad keje lain 2. x kisah la jji dpt gak jmpa. pas2 aku dpt jmpa dgn hani madu dj kat fly fm 2, aku x la kenal sgt, tp die mmg popular gak la. pas2 dpt jmpa ngan ikwan, kieran ngan tini. kalo ikwan ngan tini aku mmg penah jmpa ms hot fm big jam dlu. kire x kisah la, tp yg bestnye dpt amik gambo ngan kieran tau, sebelah lgi. gambo ngan ikwan x berape jelas, tp x pe la meby x de rzki..tp gi sne mmg best...insyaallah satu hari nnti aku plk akan keje kat si2...amin...

Selasa, 29 Mac 2011

Penghujung Cinta Pasha Ungu Feat Adelia

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

Mule2 dgr lgu ni aku dah suke. lirik lagu ni menunjukkan yang laki 2 betul2 mencari cinta sejati dan nak sgt kat pompuan 2. ye la lagu yg pasha buat ni pon mase die tgh bhgia nak kawin. tp aku ttp suke lirik lagu ni. kalo la ad lelaki yang nyanyikan lgu ni tok aku, bertapa bhgianya aku...

Jumaat, 18 Mac 2011

Peringatan...

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Rabu, 9 Mac 2011

Rahsia Bulan Kelahiran "FEBUARY"

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI: Kamu!!! WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku. Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas. LELAKI: Apa khabar? WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang? LELAKI: Belum. WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.." Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan. *Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...* *Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.* *Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? * semoga bermanfa'at credit to:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

Sabtu, 5 Mac 2011

Justin Bieber - Pray

I just can't sleep tonight,
knowing that things ain't right.
It's in the papers, it's on the TV,
it's everywhere that i go.
Children are crying, soldiers are dying,
some people don't have a home.
But i know there's sunshine behind that rain,
I know there's good times behind that pain (hey)
Can you tell me how i can make a change?
I close my eyes, and i can see a better day,
I close my eyes and pray.
I close my eyes and i can see a better day,
I close my eyes and pray.
I lose my appetite, knowing kids starve tonight
Am I a sinner? Cause half my dinner,
Is still there on my plate.
Ooh i got a vision, to make a difference,
and it's starting today.
Cause i know there's sunshine beyond that rain,
I know there's good times beyond that pain
Heaven tell me i can make a change.

I close my eyes, and i can see a better day,
I close my eyes and pray. (yeee)
I close my eyes and i can see a better day,
I close my eyes and

I pray for the broken-hearted,
I pray for the life not started.
I pray for all the ones not breathing,
I pray for all the souls in need.
I pray, can you give em one today?
I just can't sleep tonight,
Can someone tell me how to make a change?
I close my eyes, and i can see a better day,
I close my eyes and pray, (Ooh)
I close my eyes and i can see a better day,
I close my eyes and i pray, (ooh)
I pray, I pray
I close my eyes and pray.