![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiLBQ3adj5xgU_8O3ex-Qba5GMB_wNKxTBD371zH2zZYCJygEvOF97fF-hhIfQ4ffirckgTcXumU53M4w2Wg29WofVmkxyUDps30VNQsL5VyycBx-KIb_iikZln2eT48ETRLTiBKDAOyjA/s320/piala_malaysia.jpg)
Bola sepak merupakan salah satu sukan yang diminati di dunia termasuk di negara kita iaitu Malaysia. Pasukan bola sepak di negara ini mula diperkenalkan pada awal tahun 1921. Selain pasukan yang mewakili negara yang dikenali dengan Harimau Malaya, di Malaysia juga terdapat pasukan yang mewakili setiap negeri dan kelab. Antaranya ialah Selangor FC, Kelantan FC, Terengganu FC dan banyak lagi.
Tidak sah jika ada sukan bola sepak tidak ada piala yang ditawarkan pada setiap musin. Seperti di Eropah, terdapat pelbagai piala yang ditawarkan seperti UEFA Champions League, UEFA Cup dan lain-lain. Seperti juga di Malaysia terdapat banyak piala yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk semua pemain dan juga kelab bagi permainan yang memerlukan 11 orang pemain ini. Antara piala yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia pada setiap musin adalah Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super, Liga Premier dan Piala Malaysia.
Dalam banyak-banyak piala yang di tawarkan ini Piala Malaysia adalah piala yang amat di nanti-nantikan oleh setiap kelab persatuan, negeri dan pemain. Ini kerana piala tersebut adalah piala penutup tirai bagi setiap musim dan akan melahirkan sebuah pasukan yang amat disegani bagi musin berkenaan.
Piala Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1921 dan pada ketika itu piala tersebut dikenali sebagai Piala Malaya. Piala ini merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini sudah hampir 90 tahun piala ini masih menjadi rebutan setiap negeri dah kelab bola sepak di tanah air.
Awal kemunculan piala ini dikenali sebagai Piala Malaya sebelum ditukar kepada Piala HMS Malaya pada tahun 1933. Pertukaran nama tersebut diambil bersemperna nama kapal perang HMS Malaya. Seorang pegawai kapal berkenaan yang bernama Kapten Ion Beauchamp Butter telah menyumbangkai sebuah piala dan menamakan piala tersebut dengan Piala HMS Malaya.
Pada tahun 1967 nama Piala HMS Malaya telah ditukarkan namanya lagi dengan nama Piala Malaysia yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Disamping itu, tidak lama kemudian terdapat pernyertaan daripada negara Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei yang turut menyertai kancah Piala Malaysia ini selepas namanya ditukar itu.
Tetapi terdapat juga sedikit masalah yang menimpa pada tahun 1995 apabila Singapura membuat keputusan untuk menarik diri dari Liga Malaysia sekali gus tidak menyertai Piala Malaysia. Masalah ini timbul apabila Persatuan Bola Sepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Tetapi Singapura juga pernah memenangi Piala Malaysia sebanyak 24 kali dan pada kali terakhir pada tahun 1994.
Sehingga kini Piala Malaysia menjadi salah satu piala yang diidamkan oleh setiap pasukan. Pada musin ini iaitu musim 2011 Piala Malaysia akan dimulakan pada bulan September iaitu selepas umat islam selesai menunaikan ibadah puasa. Seperti kebiasaannya Piala Malaysia ini akan disertai oleh perbagai kelab dari seluruh negeri di Malaysia. Pada tahun ini sebanyak 16 pasukan yang akan bertarung untuk merebut piala yang mereka idam-idamkan ini. Senarai pasukan yang menyertainya ialah Kedah, Perak, Sabah, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor PKNS, Sime Darby, Kelantan, Johor FC, KL Felda FC, Sarawak, Selangor, T-Team, Kuala Lumpur dan Polis.
Pada hari jumaat bersamaan 6 Ogos 2011 telah berlangsung majlis cabutan undi untuk menentukan kumpulan yang akan dibahagikan kepala setiap pasukan. Pada musin kali ini terdapat empat kumpulan telah dibentuk. Di kumpulan A telah diletakkan Kedah, Perak, Sabah dan Johor. Untuk kumpulan B juara Piala FA Terengganu akan bertemu dengan Negeri Sembilan, Selangor PKNS dan Sime Darby. Bagi kumpulan C juara Liga Super Kelantan akan bergandingan dengan Johor FC, KL Felda FC dan Sarawak. Dan bagi kumpulan D pulak pasukan yang pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak 32 kali Selangor akan bertemu dengan T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia.
Mengikut sejarah Piala Malaysia Selangor merupakan kelab yang paling banyak menjulang Piala Malaysia iaitu sebanyak 32 kali diikuti dengan Singapura sebanyak 24 kali. Ini adalah menyebabkan Singapura merupakan musuh tradisi dalam bola sepak Malaysia. Kali terakhir Selangor memegang gelaran juara untuk Piala Malaysia iaitu pada tahun 2005 sebelum gelaran tersebut dirampas oleh Perlis pada tahun berikutnya. Tetapi kecermelangan Perlis tidak bertahan lama kerana pada tahun berikutnya Kedah telah merampas kejuaraan selama dua tahun berturut-turut sebelum dirampas oleh Negeri Sembilan. Kegemilangan pasukan Kelantan juga telah membawa kejayaan kepada meraka apabila berjaya menjulang piala tersebut pada tahun lepas.
Selain daripada pertaruhan untuk mencari siapa juara, di Piala Malaysia ini juga adalah cabang untuk pengurus setiap pasukan memerhatikan kebolehan setiap pemain dalam pasukan mereka. Kerana pada musim seterusnya atau lebih mudah di sebut pada tahun berikutnya setiap pasukan perlu dirombak dan kontrak baru perlu dibuat. Di sini bermulalah proses pembelian pemain antara satu kelab ke kelab yang lain. Selalunya pemain yang berpotensi akan dikekalkan di dalam pasukan atau jika pihak persatuan lain berminat untuk membelinya, perlulah menawarkan dengan harga yang tinggi.
Selain Piala Malaysia itu yang menjadi rebutan setiap kelab dan persatuan bola sepak di Malaysia, gelaran dan anugerah kepada setiap pemain yang mempamirkan aksi yang cemerlang juga akan dinilai. Pada tahun 2009 telah diperkenalkan beberapa anugerah untuk member penghargaan kepada pemain yang beraksi dengan cemerlang di sepanjang berlangsungnya Piala Malaysia. Anugerah seperti penjaga gol terbaik, pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik, penyerang terbaik, pemain muda terbaik dan pemain paling bernilai telah ditwarkan kepada setiap pemain. Selain itu jasa persatuan dan kelab peminat juga tidak dilupakan apabila terdapat juga anugerah untuk mereka. Antara anugerah yang ditawarkan untuk mereka seperti persatuan bola sepak terbaik, kelab terbaik dan kelab penyokong terbaik.
Anugerah yang diperkenalkan pada tahu 2009 ini telah ditaja oleh 100Plus dan dengan adanya anugerah ini pemain-pamain tersebut berpeluang mencipta pengalaman yang lebih mendalam apabila ada di antara mereka dipanggil mewakili pasukan kebangsaan. Nama seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahru Idlan Talaha adalah antara nama yang sering diperkatakan di dunia bola sepak negara selain Mohd Safee Sali apabila berjaya mengharumkan nama negara apabila Malaysia menjuarai Piala Suzuki Aff pada tahun 2010.
Seperti juga tahun dan musim-musin yang lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan yang tinggi untuk Piala Malaysia kali ini. Mereka tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini akan berlaku sepanjang berlangsungnya kempen Piala Malaysia ini. Mereka mengharapkan pemain bermain dengan fikiran yang positif dan berlawan dengan sihat. Ini kerana sukan bola sepak ini adalah antara sukan yang digemari oleh seluruh rakyat di Malaysia. Jika ia dicemari peminat bola sepak negara akan hilang kepercayaan dan tidak akan menyokong bola sepak negara seperti sekarang dan nantikan siapa yang layak dan akan memenangi piala ynag di idam-idamkan oleh semua pihak ini. Majulah Sukan Untuk Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan