![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3djSQZisl3VQYDzi8Mz7Dm2RMiIWfAZyr4jFVrnHdHAxGcR4kZUCTG3afvE6eijw2SvbKfjWCjDfbhUKaznbgWG7kCtGHLgsU5NkYLQLrDpajHqAaVJqM9IJpDK2I1t2WS7NqzBxyxvPw/s320/190067_147491735313889_100001591906238_292436_6595230_n.jpg) |
Pasukan Olimpik Negara |
Selepas
kejayaan pasukan bola sepak Malaysia di Piala Suzuki AFF pada Disember 2010
lalu, pasukan ini telah menjadi perhatian semua pihak. Setiap perkembangannya
sering diperkatakan oleh semua golongan masyarakat. Setiap pada perkembangan
dan aktiviti semua pemain akan diperkatakan oleh semua media di Malaysia.
Tetapi
setelah pasukan kebangsaan kecundang pada kelayakan Piala Dunia 2014 ke atas
Singapura, jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagopal kini telah merangcang untuk
mencari pelapis-pelapis baru untuk pasukan ini. Jurulatih kebangsaan ini telah
menurunkan beberapa pemain muda pada perlawanan persahabatan menentang
Australia 7 Oktober 2011 lalu.
Seperti
peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, itulah yang dilakukan oleh
jurulatih berpengalaman ini. Walaupun mendapat banyak pandangan dan komen
daripada peminat bola sepak tempatan tetapi jurulatih ini tidak pernah melatah
dengan keputusan yang telah dilakukan. Dia selalu yakin dengan apa yang dia
lakukan.
Pada
perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 5-0 ini, beberapa tonggak utama
telah digugurkan termasuk kapten pasukan ini sendiri iaitu Safiq Rahim. Ramai
yang beranggapan bahawa keputusan yang dibuat oleh Datuk K.Rajagopal itu tidak
wajar kerana pemain seperti Amirulhadi Zainal, Aidil Zaquan, serta Safiq Rahim
merupakan pemain-pemain yang berpengalaman dalam pasukan ini.
Bagi
peminat bola sepak tempatan, gandingan pemain seperti Mat Yo (Nurshahrul
Idlan), Safee Sali serta beberapa pemain yang telah digugurkan adalah gandingan
yang akan menjadi. Ini kerana gandingan ini telah mengharumkan nama pasukan
bola sepak negara dalam beberapa perlawanan persahabatan serta perlawanan lain.
Tetapi
kita tidak sering berada diatas. Untuk itu, jurulatih berusia 55 tahun ini
telah mengambil satu inesatif dengan memanggil beberapa pemain muda untuk diuji
kemampuan meraka. Pada perlawanan yang berlangsung di Australia itu, Rajagopal
telah memanggil beberapa pemain daripada skuad Olimpik negara dan beberapa
orang pemain daripada negeri-negeri yang berlainan untuk diuji.
Antara
pemain yang telah disenaraikan oleh Rajagopal ialah Wan Zaharulnizam, Nor Hafiz
Zamani, Farisham Ismail, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, K Reuben, Khyril
Muhymeen, Yong Kuong Yong, Shahrizal Saad, Izzaq Faris dan Farizal Marlias.
Walaupun
permainan yang berkesudahan dengan Australia
meratah Malaysia dengan jaringan 5-0 tetapi itu tidak mematahkan semangat
pemain-pemain Harimau Malaya ini. Ini terbukti apabila pada separuh masa kedua,
Datuk K.Rajagopal telah memasukkan beberapa orang pemain gantian untuk melihat
corak permainan mereka. Pada masa itu, tahap permainan mereka nampak agak
memberangsangkan berbanding pada separuh masa yang pertama.
Menurut
jurulatih yang berasal dari Selangor itu sendiri, dia ingin menilai tahap
permainan kesemua pemain-pemainnya selama 90 minit permainan berlangsung.
Walaupun harapan seluruh rakyat Malaysia dan pasukan itu sendiri ingin
membolosi gawang pihak lawan tetapi pengalaman itu sangat penting. Dengan
adanya perlawanan seperti ini, kesemua pemain dapat mempelajari dan
memerhatikan corak permainan dari pihak lawan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgYJa-S-91Y7goNDMVdNethYXYOSlWN1XJkBrQkRCkUBflArGnOkbmyKWyBZSLFj4t6Bbxk7-ap7RGE6aJrt2i55BtZxct7WVMTCeazOWR-phsHE2m5ezUc4VJP4nQdcvS91UD2xwgYgSx/s320/313135_10150324846201915_239584456914_8155490_99268387_n.jpg) |
Pelapis bola sepak negara |
|
Seperti
yang kita ketahui, pemain-pemain dari Australia itu merupakan antara
pemain-pemain yang bertaraf dunia. Kebanyakkan daripada mereka bermain untuk
kelab-kelab yang bertaraf antarabangsa. Selain itu, bola sepak juga merupakan
salah satu sukan yang amat digemari oleh seluruh rakyat Australia. Oleh itu,
mereka sering mempamerkan permainnan agak memberangsangkan untuk tidak
menghampakan peminat mereka.
Seperti
pada perlawanan Malaysia menentang pasukan EPL iaitu Arsenal, Liverpool, dan
Chelsea. Itu merupakan salah satu flatfom untuk pemain kebangsaan mempelajari
teknik permainan yang bertaraf dunia. Tidak semua pemain bola mendapat kesempatan
untuk bermain bersama dengan mereka.
Itu
merupakan salah satu daripada menyunting semangat kepada kesemua pemain muda di
Malaysia. Tidak kira yang telah dipanggil untuk mewakili Malaysia atau yang
masih belajar. Kerana pengalaman sahaja tidak boleh menjamin satu kejayaan jika
komitnen seseorang itu tidak ada dalam diri. Pelapis-pelapis ini perlulah
diberi pendedahan yang meluas supaya mereka tidak terkejut jika berdepan dengan
lawan yang bertaraf lebih tinggi dari mereka.
Walaupun
pasukan Malaysia mempunyai banyak permain yang berpengaruh seperti Safee Sali,
Nurshahrul Idlan, Safiq Rahim, Khairul Fahmi dan Amirulhadi tetapi kita tidak boleh hanya mengharapkan pada mereka
semata-mata. Kerana setiap apa yang ingin dilakukan perlulah mempunyai
perangcangan jangka masa panjang. Seperti juga bola sepak, jika kita tidak
mempunyai pelapis pada masa akan datang, siapa yang akan menggantikan
pemain-pemain ini jika berlaku perkara yang tidak diingini pada mereka kelak.
Ada
juga cakap-cakap luar yang mengatakan bahawa badan pengtadbiran Persatuan Bola
Sepak Malaysia, FAM perlu mengambil tindakan atas masalah yang timbul ini.
Sepatutnya mereka perlu mewujudkan satu badan induk atau kelab untuk mencari
pemain pelapis bola sepak negara. Mereka seharusnya mencari bakat-bakat baru
untuk dilatih dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka yang sedia ada.
Dikampung
atau kawasan-kawasan tertentu, permainan bola sepak ada merupakan salah satu
permainan yang sering dimainkan oleh remaja. Disitu FAM boleh mencari
bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis negara. Mereka boleh diuji bakat mereka
dan diserapkan ke dalam mana-mana akademi bola sepak. Bak kata pepatah,
‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Itulah yang patut dilakukan oleh FAM.
Tidak semua pemain bola sepak kampung tidak hebat cara permainan mereka. Sampai
satu tahap, mereka lebih hebat berbanding pemain yang sedia ada.
Seperti
di negara Eropah, mereka banyak menyujudkan akademi bola sepak bagi mencari
pelapis untuk menggantikan pemain-pemain yang sedia ada pada masa akan datang.
Ini kerana mereka sentiasa memikirkan sebab dan akibat yang akan berlaku pada
masa kelak. Di sana mereka sering melatih pemain cara permainan yang betul dan
menerapkan cara permainan yang konsisten. Dengan itu, pemain tidak akan
membezakan permainan walaupun perlawanan kali itu hanya perlawanan
persahabatan.
FAM
seharusnya mencontohi apa yang telah dilakukan oleh orang Eropah itu. Kerana
seperti yang kita ketahui, Eropah antara negara yang telah menghidupkan
permainan bola sepak di dunia ini. FAM tidak perlu hanya mengharap
pemain-pemain daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja. Mereka perlu mencari
pemain dari setiap pelusuk selagi termampu. Tidak semua orang bernasib baik
dapat memasuki sekolah berkenaan. Jadi tugas FAM untuk mencari dan memberi
peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan ini untuk menunjukkan bakat
mereka.
Oleh
itu, seluruh peminat bola sepak Malaysia berharap yang FAM akan membuka mata
dan fikiran bagi memberi peluang kepada pemain pelapis ini untuk menunjukkan
bakat mereka. Dengan itu, bola sepak negara akan lebih berkualiti pada masa
akan datang dan peminat-peminat juga tidak akan hampa dengan apa yang
dipersembahkan oleh semua pemain sama ada baru atau yang lama. Majulah sukan
untuk negara.