html

Rabu, 12 Oktober 2011

Artikel ke sembilan - Di Mana Pelapis Bola Sepak Malaysia?


Pasukan Olimpik Negara
Selepas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia di Piala Suzuki AFF pada Disember 2010 lalu, pasukan ini telah menjadi perhatian semua pihak. Setiap perkembangannya sering diperkatakan oleh semua golongan masyarakat. Setiap pada perkembangan dan aktiviti semua pemain akan diperkatakan oleh semua media di Malaysia.
Tetapi setelah pasukan kebangsaan kecundang pada kelayakan Piala Dunia 2014 ke atas Singapura, jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagopal kini telah merangcang untuk mencari pelapis-pelapis baru untuk pasukan ini. Jurulatih kebangsaan ini telah menurunkan beberapa pemain muda pada perlawanan persahabatan menentang Australia 7 Oktober 2011 lalu.
Seperti peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, itulah yang dilakukan oleh jurulatih berpengalaman ini. Walaupun mendapat banyak pandangan dan komen daripada peminat bola sepak tempatan tetapi jurulatih ini tidak pernah melatah dengan keputusan yang telah dilakukan. Dia selalu yakin dengan apa yang dia lakukan.
Pada perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 5-0 ini, beberapa tonggak utama telah digugurkan termasuk kapten pasukan ini sendiri iaitu Safiq Rahim. Ramai yang beranggapan bahawa keputusan yang dibuat oleh Datuk K.Rajagopal itu tidak wajar kerana pemain seperti Amirulhadi Zainal, Aidil Zaquan, serta Safiq Rahim merupakan pemain-pemain yang berpengalaman dalam pasukan ini.
Bagi peminat bola sepak tempatan, gandingan pemain seperti Mat Yo (Nurshahrul Idlan), Safee Sali serta beberapa pemain yang telah digugurkan adalah gandingan yang akan menjadi. Ini kerana gandingan ini telah mengharumkan nama pasukan bola sepak negara dalam beberapa perlawanan persahabatan serta perlawanan lain.
Tetapi kita tidak sering berada diatas. Untuk itu, jurulatih berusia 55 tahun ini telah mengambil satu inesatif dengan memanggil beberapa pemain muda untuk diuji kemampuan meraka. Pada perlawanan yang berlangsung di Australia itu, Rajagopal telah memanggil beberapa pemain daripada skuad Olimpik negara dan beberapa orang pemain daripada negeri-negeri yang berlainan untuk diuji.
Antara pemain yang telah disenaraikan oleh Rajagopal ialah Wan Zaharulnizam, Nor Hafiz Zamani, Farisham Ismail, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, K Reuben, Khyril Muhymeen, Yong Kuong Yong, Shahrizal Saad, Izzaq Faris dan Farizal Marlias.
Walaupun permainan yang  berkesudahan dengan Australia meratah Malaysia dengan jaringan 5-0 tetapi itu tidak mematahkan semangat pemain-pemain Harimau Malaya ini. Ini terbukti apabila pada separuh masa kedua, Datuk K.Rajagopal telah memasukkan beberapa orang pemain gantian untuk melihat corak permainan mereka. Pada masa itu, tahap permainan mereka nampak agak memberangsangkan berbanding pada separuh masa yang pertama.
Menurut jurulatih yang berasal dari Selangor itu sendiri, dia ingin menilai tahap permainan kesemua pemain-pemainnya selama 90 minit permainan berlangsung. Walaupun harapan seluruh rakyat Malaysia dan pasukan itu sendiri ingin membolosi gawang pihak lawan tetapi pengalaman itu sangat penting. Dengan adanya perlawanan seperti ini, kesemua pemain dapat mempelajari dan memerhatikan corak permainan dari pihak lawan.
Pelapis bola sepak negara
Seperti yang kita ketahui, pemain-pemain dari Australia itu merupakan antara pemain-pemain yang bertaraf dunia. Kebanyakkan daripada mereka bermain untuk kelab-kelab yang bertaraf antarabangsa. Selain itu, bola sepak juga merupakan salah satu sukan yang amat digemari oleh seluruh rakyat Australia. Oleh itu, mereka sering mempamerkan permainnan agak memberangsangkan untuk tidak menghampakan peminat mereka.
Seperti pada perlawanan Malaysia menentang pasukan EPL iaitu Arsenal, Liverpool, dan Chelsea. Itu merupakan salah satu flatfom untuk pemain kebangsaan mempelajari teknik permainan yang bertaraf dunia. Tidak semua pemain bola mendapat kesempatan untuk bermain bersama dengan mereka.
Itu merupakan salah satu daripada menyunting semangat kepada kesemua pemain muda di Malaysia. Tidak kira yang telah dipanggil untuk mewakili Malaysia atau yang masih belajar. Kerana pengalaman sahaja tidak boleh menjamin satu kejayaan jika komitnen seseorang itu tidak ada dalam diri. Pelapis-pelapis ini perlulah diberi pendedahan yang meluas supaya mereka tidak terkejut jika berdepan dengan lawan yang bertaraf lebih tinggi dari mereka.
Walaupun pasukan Malaysia mempunyai banyak permain yang berpengaruh seperti Safee Sali, Nurshahrul Idlan, Safiq Rahim, Khairul Fahmi dan Amirulhadi tetapi kita  tidak boleh hanya mengharapkan pada mereka semata-mata. Kerana setiap apa yang ingin dilakukan perlulah mempunyai perangcangan jangka masa panjang. Seperti juga bola sepak, jika kita tidak mempunyai pelapis pada masa akan datang, siapa yang akan menggantikan pemain-pemain ini jika berlaku perkara yang tidak diingini pada mereka kelak.
Ada juga cakap-cakap luar yang mengatakan bahawa badan pengtadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM perlu mengambil tindakan atas masalah yang timbul ini. Sepatutnya mereka perlu mewujudkan satu badan induk atau kelab untuk mencari pemain pelapis bola sepak negara. Mereka seharusnya mencari bakat-bakat baru untuk dilatih dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka yang sedia ada.
Dikampung atau kawasan-kawasan tertentu, permainan bola sepak ada merupakan salah satu permainan yang sering dimainkan oleh remaja. Disitu FAM boleh mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis negara. Mereka boleh diuji bakat mereka dan diserapkan ke dalam mana-mana akademi bola sepak. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Itulah yang patut dilakukan oleh FAM. Tidak semua pemain bola sepak kampung tidak hebat cara permainan mereka. Sampai satu tahap, mereka lebih hebat berbanding pemain yang sedia ada.
Seperti di negara Eropah, mereka banyak menyujudkan akademi bola sepak bagi mencari pelapis untuk menggantikan pemain-pemain yang sedia ada pada masa akan datang. Ini kerana mereka sentiasa memikirkan sebab dan akibat yang akan berlaku pada masa kelak. Di sana mereka sering melatih pemain cara permainan yang betul dan menerapkan cara permainan yang konsisten. Dengan itu, pemain tidak akan membezakan permainan walaupun perlawanan kali itu hanya perlawanan persahabatan.
FAM seharusnya mencontohi apa yang telah dilakukan oleh orang Eropah itu. Kerana seperti yang kita ketahui, Eropah antara negara yang telah menghidupkan permainan bola sepak di dunia ini. FAM tidak perlu hanya mengharap pemain-pemain daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja. Mereka perlu mencari pemain dari setiap pelusuk selagi termampu. Tidak semua orang bernasib baik dapat memasuki sekolah berkenaan. Jadi tugas FAM untuk mencari dan memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan ini untuk menunjukkan bakat mereka.
Oleh itu, seluruh peminat bola sepak Malaysia berharap yang FAM akan membuka mata dan fikiran bagi memberi peluang kepada pemain pelapis ini untuk menunjukkan bakat mereka. Dengan itu, bola sepak negara akan lebih berkualiti pada masa akan datang dan peminat-peminat juga tidak akan hampa dengan apa yang dipersembahkan oleh semua pemain sama ada baru atau yang lama. Majulah sukan untuk negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan