Walaupun penjawat dan kakitangan awam mendapat berita gembira hasil dari pembentangan Bajet 2012 itu, tetapi ada juga masalah yang masih membelenggu diri mereka. Masalah ini sering berlaku apabila selesainya pembentangan bajet pada setiap tahun. Masalah ini sudah senonim dan dianggap seperti fenomena dalam negara.
Masalah kenaikan harga barang runcit dan barang-barang kawalan sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia sering menjadi igawan semua pengguna di Malaysia. Gelombang kenaikan harga ini tidak mengenal siapa. Tidak kisahlah siapa pun menerima faedah kenaikan gaji, samaada kakitangan kerajaan ataupun swasta. Semuanya akan menerima tanparan yang serupa.
![]() |
Gambar Hiasan |
Kalau sudah gaji pekerja tidak dinaikkan pun mereka boleh menaikkan harga barang, apatah lagi kalau ada berita tentang kenaikan gaji yang akan menjadi satu bonus untuk perniaga-perniaga di Malaysia untuk menaikkan harga barangan.
Baru sahaja Bajet 2012 dibaca pada 7 Oktober 2011, pada keesokkan harinya dibeberapa pasaraya dan kedai runcit telah menaikkan harga ayam sehingga mencecah RM9 sekilo. Siapa yang perlu disalahkan disini, peniaga atau kerajaan?. Persoalan itu masih dalam tanda tanya sehingga ke hari ini.
Walaupun rakyat mendapat berita gembira itu, tetapi langit tidak selalunya cerah. Cuba bayangkan, jika kesemua penjawat dan kakitangan awam telah dinaikkan gaji, pasti harga barangan dipasaran juga akan naik setimpal dengannya. Disini kita tidak perlu memandang pada golongan yang berpendapatan tinggi, tetapi kita perlu pandang pada golongan yang berpendapatan rendah. Antaranya, peneroka, nelayan, petani dan lain-lain. Kebanyakkan daripada mereka menjadikan hasil daripada kerja mereka itu sebagai pendapat bulanan serta harian mereka. Cuba bayangkan jika pendapatan mereka hanya RM300 sebulan dan mempunyai tanggungan yang ramai. Pasti kenaikan harga barang ini menjadi satu beban kepada diri mereka.
Boleh dikatakan semua barang runcit dan petrol harganya akan naik bila bajet dibentangkan. Peniaga-peniaga tidak langsung berasa bersalah atas tindakan yang telah dilakukan. Sedangkan, tindakan mereka itu telah menyusahkan banyak pihak. Ini termasuk pihak kerajaan sendiri yang terpaksa mencari penyelesaian atas perkara yang telah berlaku.
Walaupun di Malaysia telah banyak agensi serta NGO yang sering turun padang untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti ini, tetapi bantuan seperti itu tidaklah bertahan lama. Mereka juga perlu mencari duit untuk sesuap nasi. Jika barang dipasaran sering naik harga, bagaimana mereka ingin mengstabilkan ekonomi mereka pada masa akan datang.
Barangan keperluan seperti beras, gula, ayam, telur yang dikatakan termasuk dalam senarai barang kawalan juga menerima nasib yang sama. Bahkan selalunya barangan inilah yang sering dinaikkan harga oleh perniaga. Dimana perginya kerajaan yang katanya semua harga barang di tahap terkawal. Mereka hanya dapat memberi alasan sahaja.
Walaupun telah banyak tindakan yang telah diambil oleh pihak yang berwajib, tetapi sikap segelintir perniaga yang inginkan keuntungan lebih tanpa memikirkan nasib orang lain. Sepatutnya pihak kerajaan perlu sering membuat tinjauan keseluruh pasaraya dan kedai-kedai runcit untuk memastikan harga barangan mereka selaras dengan apa yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan perlu kerap membuat serbuan tanpa memberi tahu pihak kedai itu sendiri.
Cara ini membolehkan kesemua muslihat yang terselindung yang telah mereka lakukan akan terbongkar. Jika pihak kerajaan memberitahu kepada pihak pekedai itu tentang kehadiran mereka, nescaya pihak kedai akan menurunkan harga barang selaras dengan harga yang diarahkan oleh kerajaan. Ini hanya untuk mengaburi mata pihak kerajaan sahaja. Kerana mereka tidak mahu tindakan undang-undang akan dijatuhkan kepada mereka kelak.
Penurunan harga barang hanya akan bertahan selama beberapa hari sahaja, selepas itu harga barangan akan meningkat seperti sedia kala. Kemudian pengguna yang akan mendapat tanparannya. Sepatutnya selepas tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan, perniaga akan lebih berhati perut mengekalkan harga barang dengan harga yang rendah. Tetapi semua itu hanya seperti ‘mencurah air ke daun keladi’.
Peniaga tetap menaikkan harga barangan mereka. Mereka sepatutnya perlu fikir tentang pendapatan penduduk setempat juga. Jika mereka menaikkan harga barang dengan melampau, adakah pembeli akan kedai mereka lagi. Pembeli boleh memboikot kedai mereka dengan tidak membeli dikedai mereka lagi. Dengan keadaan itu, peniaga juga akan mendapapat kerugian apa akhirnya. Tetapi manusia, jika sudah berada diatas lupa tentang kesusahan orang lain. Mereka langsung tidak menghiraukan masalah itu. Mereka hanya memikirkan keuntungan sahaja.
Oleh itu, siapa yang perlu dipersalahkan disini. Adakah peniaga atau kerajaan atau pengguna sendiri atas kenaikkan harga barang yang melampau. Pengguna sendiri berharap yang pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Kerana jika sampai ke tahun 2020 iaitu dikatakan Malaysia antara negara maju tetapi harga barang tidak juga mendapat kemajuaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan