html

Khamis, 29 Disember 2011

Macam x percaya....

Tanggal 29.11.2011 adalah tarikh yg begitu bertuah bgi aku. Mana x nye, x penah2 aku call mana2 radio kat Malaysia ni tok masok ape2 pertandingan, tp pada hri 2 tangan yg gatal ni boleh tekan no. fon 0395433355 dan terus dapat. Aku call radio era ni sbb nak cube nasib menang hadiah sarung tangan yg dah ditandatangani oleh Khairul Fahmi a.k.a. Apex. Selama ni aku jarang giler dengar radio kat laptop tp tah nape ari 2 1 hri aku dgr radio. Ptg 2 mmg aku dah nak ttp laptop tp disebabkan DJ 2 ckp (Dina) jap lgi ad lgu UNGU 'Percaya Padaku' aku pon biarkan je la. Lama gak la tgu lgu 2. Pas2 tibe2 aku dgr ad pertandingan tok dapatkan sarung tangan yg ditandatangani oleh APEX. Mse 2 plk aku mmg tgh pegang fon, terus la aku tekan no.nye. Mcm x caya dpt 2. Die srh aku jwb seberapa byk soalan dlm mse 15saat, soalan ttg APEX dan bola sepak. Ala kalo pasal APEX 2 mmg senang la, tp kalo pasal bola 2 ad gak la yg aku x tau. Tp dgn smue pengetahuan yg aku ad aku dpt menjawab 4 soalan. ...

Tp mse 2 x kompom lgi menang sbb ad sorang yg dpt markah sama ngan aku. Pada tarikh 5.12.2011 semasa aku tgh dok shopping jersy kat GM KL, ttb ad org call aku. Org era call aku, die ckp dlm lps maghrab ad DJ call nak buat 1 lgi pertandingan tok tentukan sape yg dpt sarung tangan 2. Soalan smue ttg dunia hiburan. Mampus aku, aku ni bknnye tau sgt pasal hiburan ni. Tp dgn berkat kesabaran dan doa aku, aku dpt jawab 3 soalan, bdk yg sorang lgi 2 dpt jwb 1 soalan je. Dan aku dpt dgr yg DJ 2 (ADI) ckp aku lah pemenangnye.. Giler menggigil aku mse 2.... Mmg x caya giler...


Setelah sekian lama aku menunggu dan akhirnye pada 27.12.2011 lah sarung tangan ni sampai rumah aku... Hehehehe mcm x caya akhirnye aku dpt gak brg yg APEX tandatangan. Umi, ayah, abg smuenye srh aku framekan hadiah 2. Mmg aku akan framekan hadiah ni sbb bkn senang nak dptkan....hehehehe...

Sabtu, 24 Disember 2011

Lesen memandu kereta..

Hari ni aku nak crita sikit ttg cara bagaimana nak dapatkan lesen memandu kereta atau lebih dikenali sebagai lesen D. Aku ni bkn la dah ad lesen sebenarnye, tapi dalam proses untuk mengambil lesen 2 (tgh belajar). Untuk lesen moto or B2 aku dah amik lme dlu. Aku amik mse lepas aku abis SPM, x tau la sbb apa aku x amik dgn kereta skli. Mungkin mse 2 duit x byk kot. hehehehe...

Gambar hiasan..
Nak dapatkan lesen memandu ni bknnya mudah. Mcm2 ujian perlu dilakukan. Tp kte x blh takut, sbb kalo kte takut mmg kte x dpt nak buat smuenye.

Antara langkah2 yg perlu kite buat untuk dapatkan lesen memandu ialah : >

1. Kita hendaklah mencari mana2 ejen or sekolah memandu yang boleh membantu kita dalam smue proses yang akan kita lalui.
2. Selepas membuat persetujuan harga dengan die org, mulalah pendaftaran.
3. Kemudian kite perlu menghadiri kursus pendidikan pemandu (KPP). Kelas ni lbh kurang 5 jam la. Bosan x bosan sgt la..
4. Lepas 2 kite kene hadiri ujian undang-undang berkomputer. kalo nak lulus kene sekurang-kurangnye 42 kene btl. Kalo x kene repet blk dan bayar..
5. Seterusnye, kite kene pergi kelas pra-L (teori & amali). Kelas ni lebih kurang 6 jam. Mmg bosan la kelas ni.
6. Ha lepa abis 2, dlm mse 1 ke 2 mgu dpt la korang lesen L.
7. Kalo korang dah dpt lesen L 2, korang dah boleh belajar memandu. sekurang2nye 8 jam la. Mse blja ni byk perkara korang kene buat. First belajar naik bukit, pas2 parking, 3 penjuru dan jalan raya.


                                
                                                Gambar ni je yg aku jumpa...

8. Lepas 2 korang kene amik ujian kelayakan QTI. Ini kira mcm pra JPJ. Tp org dri sekolah memandu yg buat ujian 2. Kalo x lulus x blh amik ujian JPJ.
9. Lepas lulus QTI, blj la korang amik ujian JPJ plk. Mse ni mmg azab skt la. Kalo dpt JPJ yg kerek skt mmg parah la. Tp kite kene tenang sepanjang ujian.
10. Setelah lulus smuenye, blhlah korang dapat lesen memandu yg korang idam2kan itu. Tp kene dpt lesen P dlu. pas 2 tahun bru blh dpt lesen besar.


Hehehehe... Good luck la kpda sesiapa yg nak amik lesen 2, termasuklah dgn sye ni yg x lepas2 lgi. Insyaallah tahun bru 2012 aku kene ad lesen memandu kereta. Nak tambahkan lagi kad kat dlm beg duit aku ni...


Khamis, 22 Disember 2011

Patah Seribu - Shila Amzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Akan terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap merasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua
Bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah..

Aku bukanlah minat sgt kat Shila ni, seingat aku lgu pertama yg aku minat Seribu Sesalan. Tapi pas aku dgr lirik ngan melodi lagu ni, mcm menyentuh jiwa plk..(jiwang la pulak). Lagi2 pas Fandi Othman nyanyi lagu ni mse datang kat Hot FM ari 2, lgi la aku terus minat.. Tpi lgu ni mmg best.



Ahad, 11 Disember 2011

Final Presentation...

Lama dah aku x update blog ni. Ye la sjk mula cti ni aku pon sebok sikit. Dengan mengemas barang lagi, dengan belajar kereta lagi, peh byk btl keje.. Ari ni smbil tgk konsert Harmoni Spirit Of Wali kat chanel Bintang ASTRO INDO PEK, dengan menggunakan maxis home yg bru didaftar semalam, aku pon merajinkan diri mengupdate blog kesayangan aku ni la. Kali ni aku nak tunjuk hasil kerja aku untuk subjek Photo Communication. Keje yg byk menghabiskan duit aku tp memberi banyak kepuasan selepas semuanya siap.


Ni hasil kerja untuk Potret (schizophrenia) 







Ni hasil kerja photo journalism

Untuk potret aku guna kwn kelas aku Mia sebagai model. Ok la, dpt pujian dri semua smue juri. Semue ciri2 yg Sir P nak aku telah gunakan. Alhamdulillah dpt pujian yg melambung dri die org (kembang aku mse kene puji) hehehe.. Yg photo journalism plk aku amik tema beca. Aku x ingat berapa hari bulan tp dalam bulan 9 la aku gi Melaka utk ambil gambar ni. Dalam byk2 gambar yang aku amik, gambar ni je la yg aku rse sesuai tok letak kat design aku ni. Ok la wlupon ad sikit2 komen dri Lec aku...




Selain 2, aku ad gak amik gambar sepanjang event yg x berapa besar 2. Ala wlupon 2 hari je (17-18/11/2011) hari presentationnye, tp meriah dengan adnye senior ngan junior bercampur sekali. Tp gambar tak banyak sgt sbb sebok dengan persiapan + gemuruh nak buat presentation.(tp sempat gak cri2 snap gambar).
Muke penat sbb tgu giliran x sampai2..
sebok tgk keje org
sempat lgi jeling kamera
dalam gemuruh,penampilan kene jaga


Ni je la yg aku smpt snap. Ni la kenangan aku untuk sem 5 ni. Sem dpn aku dah LI, tak tau la dpt kat ne. Mintak2 dpt la yg elok...Amin...

Selasa, 29 November 2011

Tanda - Tanda Kiamat Menurut Islam..

* Kemunculan Imam Mahdi
* Kemunculan Dajjal
* Keturunan Hazrat Isa (AS)
* Kemunculan Yajooj dan Majooj
* Terbit matahari dari Barat ke Timur
* Pintu pengampunan akan ditutup
* Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya
* Kabut selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mangalami tanda-tanda kiamat lainnya
* Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakkan
* Pemusnahan Kabah
* Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
* Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang-bintang dan orang-orang kafir yang tersisa akan mati, semua gunung dan bangunan akan runtuh
* Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan ALLAH dan bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi.  

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan KU buatkan tempat di syurga  baginya pada hari penghakiman kelak".

ALLAH berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKU maka AKU berikan, tapi AKU akan menjauhkan kalian dari syurgaKU".

 
Gambar sekadar hiasan.

Isnin, 28 November 2011

Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1


Setelah hmpir 2 hari aku mcm org giler kat dalam bilik ni, mane taknye nak tgu 2/12/2011 lme giler. Tu tarikh paper akhir aku. Paper Photo Communication. Peh lme giler nak tgu, kalo x dpt A x tau la. Sbb dah bosan tahap gaban, aku, Nadia ngan K.Ju gi la mengabiskan duit yg mmg x de ni. Pe lagi, gi tgk kekasih hati pny filem la. Hehehe gi tgk cter TWILIGHT SAGA : BEAKING DAWN PART 1. Citer ni mmg aku follow dri no. 1, ye la selain cter HARRY POTTER, cter ni mmg mencabar kesabar. Mana taknye, nak kene tgu sambungan die bapok lme. Setahun 2, lme giler. Yg kali ni plk buat berpart2 plk lgi la sakit nak mengunggu kesudahannye. Tpi citer ni mmg best...
Giler smart die pny poster.

Rabu, 23 November 2011

Syukur Alhamdulillah....

Haaa, hari ni aku mendapat 1 berita yg agak menggembirakan. Mnae taknye, akulah pelajar yg mendapat 'carymarks'(sory salah eja) paling tinggi tok subjek Photo Communication (54/60). Dan akulah juga lah pelajar yang mendapat markah yg paling tinggi tok final presentation ari 2 (17/20). Ya Allah bersyukur tak terkira. Tak sia2 aku usaha keras siapkan smue assigment yg Sir P bgi dan sllu follow up kat die. Sir P ckp kalo nak dpt A kene buat elok2 mse final. Insyaallah aku akan usaha utk dpt A dan naikkan CGPA aku tok sem ni.

Tapi dalam gembira2 aku ni, tiba2 plk pada malamnye dapat berita sedih. Malaysia kalah ngan Syria dalam Kelayakan Olimpik London 2012. Tp x pe la. Die main bgs dri yg sblmnye. Mmg bkn rzki. peluang banyak tp nak wat cam ne 2-0 gak yg kite dpt. Muka smue pemain pon nmpk penat. Mana taknye, isnin malam final Sukan SEA, pas2 trs blk Malaysia, selasa petang trus latihak tok game mlm ni. Tak de rehat langsung kot. Tp nasib keepernye Fahmi, byk jugak hantaran dari Syria die patahkan. Pertahanan pon bagus gak. Tp dah tak de rzki nak wat cam ne kan. Yg penting kte dpt kalahkan Indonesia. AMenang ke kalah ke aku ttp sokong Malaysia, Harimau Muda, Harimau Malaya, Tanah Tumpah Darahku....

Selasa, 22 November 2011

Alhamdulillah Menang....



Yahooooo Malaysia menang pingat emas SUKAN SEA ke 26 acara bola sepak dan sekali gus dapat mengekalkan emas dua tahun lepas... Bangga aku akhirnye dapat tutup mulut semue penyokong Indon yg ad kat Stadium Bung Karno. Walaupun skuad Malaysia dilayan dengan begitu buruk, tp die org smue x pernah gentar. Tak layan semue permain kotor yang indon buat. Mula dgn tukar2 jadual, tmpt penginapan jaoh dgn tmpt latihan, provokasi dri peminat dan media dan byk lgi. Tapi Allah 2 maha berkuasa. Doa org yg teraniaya selalunya dimakbulkan. Walaupun semalam hnya seciput je penyokong Malaysia tp di bumi Malaysia seluruh rumah, kedai makan dan yang sewaktu dengannye menonton dan memberi sokongan kpda team Malaysia. Doa dan kata-kata semangat selalu diberikan kepada mereka.




Ni la detik-detik kemenangan pasukan Harimau Muda malam tdi...(sory x dpt download video ni mcm yg lain, internet lmbt)

Isnin, 14 November 2011

Hatiku gembira....

Petang tdi or lbih tepat ptg smlm pasukan bola sepak bwk 23 thn telah bertemu dgn Kemboja tok Sukan Sea peringkat kumpulan. Yang buatkan aku gembira 2 sbnrnye ad 2 sbb, pertama mesti la sbb Malaysia dapat kalahkan Kemboja 4-1. Yg ke 2 penjaring yg keempat 2 la. WAN ZAHARULNIZAM (KECIK). Aku bru je ckp yg dah lme x tgk die menjaringkan gol. Tibe dlm game kli ni die merialisasikan impian aku wlupun pemainan die kureng sikit pada mulanya. Tapi sape x kenal Kecik, pemain yg lincah berlari 1 padang dan akhirnya die dapat menjaringkan gol dgn x disangka2. Terubat gak rindu aku... Harap game dgn Indonesia nnti die dpt pamerkan permainan yg terbaik dan dpt menjaringkan gol lagi dan terus berkeyakinan smpi ke final...Hidup Zaharulnizam, hidup Harimau Muda, hidup Malaysia tanah tumpah darahku....ni aku ad share video mse Zaharul dpt golkan, smart giler golnye....

Ahad, 13 November 2011

Keceriaan telah kembali....

Hari jumaat ari 2 (11.11.11) yg org rmai ckp tarikh cantik 2, aku dpt satu berita gembira. Giler x gembira AMIRUL HADI ZAINAL kekal dlm team Selangor. Mse 2 nak menjerit pon ad gak, nasib ad dlm kelas time 2. Sumber ni aku dpt dri facebook Selangor Football Fans Tegar. Hamba ALLAH yg bernama Khairul Salina yg sharekan link ttg berita gembira ni. Terma kasih kepada hamba ALLAH ni la kan. Tak kisah la jji Amirul nasih kekal dalam team Selangor. Ni yg buatkan aku lagi semangat nak tgk bola kat stadium musim dpn ni. Hehehehe.
Ni link y g ad berita gembira tu : http://duniasukan.com/2011/11/11/amirulhadi-zainal-kekal-bersama-skuad-gergasi-merah/

Antara aksi-aksi Amirul dalam team Selangor


Rabu, 2 November 2011

Artikel kesebelas - Berhati-hati Semasa Bersosial Di Internet


Menjelang tahun 2020, dunia teknologi sudah membangun dengan begitu pesat sekali. Pelbagai laman sosial yang tumbuh bagaikan cendawan segar di alam maya pada masa kini. Bermula dengan Yahoo Messenger dan kini telah ada MySpace, Facebook, Twitter yang merupakan satu fenomena pada remaja dan segelintir masyarakat didunia.
Tidak hanya tertumpu pada anak muda dan remaja sahaja, tetapi laman sosial ini telah berkembang kesemua peringkat umur dan golongan. Dengan laman sosial ini, mereka bukan sahaja boleh mencari atau mengenali rakan baru. Mereka juga boleh menjalankan perniagaan serta menyampaikan maklumat yang penting melalui laman sosial ini.
Tetapi ada antara segelintir pengguna yang tidak mengetahui fungsi sebenar laman sosial ini diwujudkan. Mereka menjadikan laman sosial ini medium untuk menjatuhkan seseorang selain merosokkan minda dan fikiran segelintir penggunanya. Oleh itu, perlulah kita ketahui cara dan kaedah yang selamat untuk kita melayari internet serta laman sosial supaya kita tidak terpengaruh dengan anasir-anasir negetif yang berada di alam maya itu sendiri.
Pelbagai cara dan kaedah yang ada boleh kita buat panduan untuk berjaga-jaga semasa melayari internet dan laman sosial. Antaranya yang pertama, kita hendaklah merahsiakan profil serta gambar peribadi daripada pengetahuan orang ramai. Cara ini tidak bermaksud yang kita tidak dibenarkan untuk meletak gambar kita di laman sosial. Tetapi kita harus berjaga-jaga dengan apa yang kita letakkan. Buatlah setting private pada gambar anda supaya mereka yang menjadi rakan anda didalam laman sosial sahaja yang boleh melihat gambar anda itu.
Cara yang kedua ialah berkawanlah dengan kawan yang sedia ada atau yang telah anda kenali sebelum ini. Cara ini tidak bermakna anda tidak dibenarkan sama sekali menerima rakan baru tetapi anda perlulah lebih berhati-hati semasa menerima rakan yang baru. Ini menyebabkan anda boleh mengelak dari diganggu oleh orang yang tidak dikenali, selain anda juga boleh mengelak dari komputer anda terkena virus yang boleh merosakkan komputer.
Seterusnya, anda dilarang meletakkan gambar yang mengaibkan diri anda atau orang lain. Jika anda seorang yang sering memuat naik gambar setiap kali anda pergi kemana-mana atau disesuatu acara, anda dinasihatkan supaya tidak meletakkan gambar yang akan mengaibkan diri anda atau individu yang berada dalam gambar tersebut. Anda perlu ingat bahawa laman sosial ini boleh dilihat oleh semua orang di serata dunia. Ia bukanlah laman peribadi anda seorang. Jadi sesiapa sahaja boleh melihat apa yang anda letak didalam laman sosial anda itu.
Berikutnya, anda perlulah selalu memeriksa dan sering meneliti maklumat peribadi yang telah anda tulis didalam laman sosial milik anda itu. Ini supaya anda tidak meletakkan maklumat-maklumat yang penting didalam akaun laman sosial anda. Jika anda tidak sering memeriksa, tidak mustahil akaun sosial anda mudah digodam oleh sesiapa yang tidak bertanggungjawab didalam alam maya itu.
Cara yang kelima ialah jika perlu letakkan kata kunci disetiap status atau gambar yang anda muat naik. Sebagai contoh, jika anda menulis sesuatu status didalam laman sosial anda, anda perlulah mengetahui cara dan gaya bahasa yang sering anda gunakan setiap kali anda menulis status tersebut. Dengan cara ini, anda boleh mengesakki jika ada sesiapa yang telah mengodam laman sosial anda tanpa pengetahian anda. Tetapi diingatkan supaya anda tidak memberitahu sesiapa tentang cara dan gaya bahasa yang anda gunakan.
Seterusnya ialah anda haruslah menyiasat dahulu siapa yang ingin menjadi rakan anda didalam laman sosial anda itu. Sebelum anda menerima permintaan untuk menjadi rakan, anda perlulah meneliti tentang diri orang itu. Anda perlu melihatnya maklumat tentang individu terbabit dan jika perlu melihat gambar-gambar yang telah di muat naik oleh individu berkenaan. Cara ini boleh mengelakkan anda dari menerima rakan yang tidak betul didalam laman sosial anda.
Cara dan kaedah yang seterusnya ialah, janganlah anda melepaskan perasaan marah atau apa sahaja didalam laman sosial milik anda itu. Ini kerana, jika anda tidak menjelaskan nama sesiapa di dalam status anda itu, ini bermakna status anda itu boleh ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan. Boleh jadi individu yang tidak berkenaan juga merasakan status berkenaan ditujukan kepadanya. Ini akan mencetuskan pergaduhan atau kesalahfahaman antara anda dengan rakan anda itu. Oleh itu, janganlah menulis status yang boleh mengelirukan individu yang membacanya.
Berikutnya, anda perlulah menyorokkan segala maklumat yang penting berkenaan diri anda yang berada dalam laman sosial ini. Cara ini bertujuan untuk mengelak dari maklumat peribadi anda dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab dan menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang tidak baik. Ini boleh menjejaskan diri anda serta akuan laman sosial anda sendiri.
Seterusnya, anda dinasihatkan supaya jangan menghebohkan segala masalah yang anda hadapi didalam laman sosial milik anda. Walaupun laman sosial itu merupakan milik persendirian anda, tetapi anda boleh  memalukan diri anda sendiri. Umum boleh membacanya dan masalah anda itu boleh menjadi perbualan umum. Ini akan membuatkan anda dimalukan dengan tindakan anda sendiri.
Selain itu, anda juga hendaklah tidak sewenang-wenangnya berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali melalui laman sosial. Sebagai contoh, menggunakan chat room dan webcam. Jika anda menggunakan medium ini, anda dinasihatkan supaya berhati-hati. Kerana melalui medium ini, anda boleh ditipu atau individu yang sebaliknya akan memperdayakan anda supaya anda mengikuti semua keinginan mereka. Tetapi tidak semua pengguna medium ini melakukan perkara tersebut. Ada segelintir individu sahaja yang tidak bertanggungjawab melakukannya. Jadi anda perlulah berhati-hati.
Cara dan kaedah yang terakhir yang perlu anda ikuti semasa anda melayari internet dan laman sosial ialah anda jangan mudah memberikan gambar peribadi anda kepada orang yang baru sahaja anda kenali. Ini kerana, dengan gambar yang anda bagi itu, individu berkenaan boleh melakukan apa-apa sahaja. Walaupun gambar yang anda berikan itu sungguh sopan tetapi teknologi boleh mengubah kesemuanya. Bukan sahaja gambar, video juga anda perlu berhati-hati. Zaman sekarang teknologi sudah begitu canggih. A boleh bertukar kepada B dan merah boleh bertukar kapada hitam. Jadi berhati-hatilah.
Ingatlah, walaupun laman sosial tersebut milik anda tetapi seluruh dunia boleh membacanya. Walaupun anda berfikir bahawa anda sahaja yang boleh membuka akaun milik anda tetapi anda silap. Teknolgi telah membuktikan segala-galanya. Jika laman web milik kerajaan pun boleh digodam, inikan pula laman sosial yang hanya memerlukan email serta kata kunci anda untuk membukanya. Jadi berhati-hatilah sebelum anda menulis sebarang status dan memuat naik sebarang gambar dan video kedalam laman sosial anda. Kerana bukan hanya ada sahaja yang boleh melihatnya. Berjuta-juta mata masih celik lagi diseluruh dunia.

Isnin, 31 Oktober 2011

Dalam Mihrab Cinta - Dude Herlino feat Asmirandah


Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah 
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah dihati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta (2x)

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Asmirandah dan Dude Herlino


Khamis, 27 Oktober 2011

Harus terima kenyataan...

hari ni (lebih tepat lgi mlm ni) aku terima berita yang sungguh menyedihkan. sebenarnye berita 2 bknlah berkaitan dengan aku, tp berkaitan dengan orang yang aku banggakan. sape lgi pemain bola sepak kebangsaan + Selangor (bekas da kot) AMIRUL HADI ZAINAL. tdi die ad tweet kat twitter ngan update kat facebook die cam ni 'selamat tinggal merah kuning' OMG hancur lulur hati aku membacanya.

Amirul Hadi punya status...

mmg la perpindahan pemain tok musim baru 2 adalah biase, tp yg aku x leh terima 2 die msk Kelantan. sory team yg paling aku x suka ok. kalo team lain aku blh terima. msk la N9 ke, Kedah ke, Perak ke aku x kisah la, ini KELANTAN!. tp nak buat cam ne, 2 dah kptsan die. aku (mcm die 2 kenal plk ngan aku ni) atau org lain x blh ubah kptsn yg die telah buat. kene terima dan sll support die. walaupun die dah x main tok Selangor lgi, aku akan ttp sokong die selama-lamanya. tp aku rse la die buat kptsn ni mesti sbb die dah tawar hati dengan segelintir penyokong Selangor. mane x nye, 2 3 pelawanan ni asik die je yg kene hentam la, kene booo la. tp wlupon die main seteruk mana pon ada gak die golkan tok Selangor. die gak yang bkk lorongan tok Safik Rahim golkan sabtu ari 2. die ttp pemain terbaik dihati kau wlupon ramai yang mengkritik cara permainan die... pasni x dpt la nak tgk hero rambut panjang perang (rambut dulu) sarung jersy merah kuning lgi. mesti rindukan...

Rambut baru Amirul. Terserlah kehensemannya..

Caya tersendiri slpas menjaringkan gol akan selalu diingati..
Rambut yang membuatkan Amirul lain dari pemain yang lain...
AMIRUL HADI ZAINAL akan selalu diminati, walaupun x join team Selangor lagi..MINAT U FOREVER..

Selasa, 18 Oktober 2011

Isi masa lapang..


Gambar Hiasan
huhuhuhu smbil ddk2 tgu AMIN ngan SHEILA dtg tok buat assigment ETR, ttb aku teringat yg aku blm cter yg aku dah tkr fon baru. Sekarang aku dah pki fon yg lbh up to date la. dlu aku pki NOKIA C3 (sblm ni byk lgi, x yah la mention), tp pas ayah dpt duit sbb die pencen, die telh blikan aku fon baru iaitu BLACKBERRY CURVE 3G. wah pki BLACKBERRY kau Sarah...dah rzki jng ditolakkan. alhamdulillah skrg lbh senang tok berkomunikasi dan lbh cpt terima berita terkini (terutama bola la)...aku harap pasni kalo aku keje blh bayar bil sendiri + bil ayah ngan umi sekali. ye la ayahkan dah x kerja, biar la kau plk tanggung die. dah bertahun2 die tanggung aku, ni la mase tok aku tanggung die...INSYAALLAH...

Saje tunjuk fon baru

Ahad, 16 Oktober 2011

Artikel ke sepuluh - Fenomena Pembentangan Bajet...

Selepas sahaja pembentangan bajet pada setiap tahun, pasti ada sahaja masalah yang akan timbul. Pada pembentangan Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah ada suara-suara tidak puas hati dengan bajet yang dibentangkan.
Walaupun penjawat dan kakitangan awam mendapat berita gembira hasil dari pembentangan Bajet 2012 itu, tetapi ada juga masalah yang masih membelenggu diri mereka. Masalah ini sering berlaku apabila selesainya pembentangan bajet pada setiap tahun. Masalah ini sudah senonim dan dianggap seperti fenomena dalam negara.

Masalah kenaikan harga barang runcit dan barang-barang kawalan sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia sering menjadi igawan semua pengguna di Malaysia. Gelombang kenaikan harga ini tidak mengenal siapa. Tidak kisahlah siapa pun menerima faedah kenaikan gaji, samaada kakitangan kerajaan ataupun swasta. Semuanya akan menerima tanparan yang serupa.

Gambar Hiasan

Kalau sudah gaji pekerja tidak dinaikkan pun mereka boleh menaikkan harga barang, apatah lagi kalau ada berita tentang kenaikan gaji yang akan menjadi satu bonus untuk perniaga-perniaga di Malaysia untuk menaikkan harga barangan.
Baru sahaja Bajet 2012 dibaca pada 7 Oktober 2011, pada keesokkan harinya dibeberapa pasaraya dan kedai runcit telah menaikkan harga ayam sehingga mencecah RM9 sekilo. Siapa yang perlu disalahkan disini, peniaga atau kerajaan?. Persoalan itu masih dalam tanda tanya sehingga ke hari ini.
Walaupun rakyat mendapat berita gembira itu, tetapi langit tidak selalunya cerah. Cuba bayangkan, jika kesemua penjawat dan kakitangan awam telah dinaikkan gaji, pasti harga barangan dipasaran juga akan naik setimpal dengannya. Disini kita tidak perlu memandang pada golongan yang berpendapatan tinggi, tetapi kita perlu pandang pada golongan yang berpendapatan rendah. Antaranya, peneroka, nelayan, petani dan lain-lain. Kebanyakkan daripada mereka menjadikan hasil daripada kerja mereka itu sebagai pendapat bulanan serta harian mereka. Cuba bayangkan jika pendapatan mereka hanya RM300 sebulan dan mempunyai tanggungan yang ramai. Pasti kenaikan harga barang ini menjadi satu beban kepada diri mereka.
Boleh dikatakan semua barang runcit dan petrol harganya akan naik bila bajet dibentangkan. Peniaga-peniaga tidak langsung berasa bersalah atas tindakan yang telah dilakukan. Sedangkan, tindakan mereka itu telah menyusahkan banyak pihak. Ini termasuk pihak kerajaan sendiri yang terpaksa mencari penyelesaian atas perkara yang telah berlaku.
Walaupun di Malaysia telah banyak agensi serta NGO yang sering turun padang untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti ini, tetapi bantuan seperti itu tidaklah bertahan lama. Mereka juga perlu mencari duit untuk sesuap nasi. Jika barang dipasaran sering naik harga, bagaimana mereka ingin mengstabilkan ekonomi mereka pada masa akan datang.
Barangan keperluan seperti beras, gula, ayam, telur yang dikatakan termasuk dalam senarai barang kawalan juga menerima nasib yang sama. Bahkan selalunya barangan inilah yang sering dinaikkan harga oleh perniaga. Dimana perginya kerajaan yang katanya semua harga barang di tahap terkawal. Mereka hanya dapat memberi alasan sahaja.
Walaupun telah banyak tindakan yang telah diambil oleh pihak yang berwajib, tetapi sikap segelintir perniaga yang inginkan keuntungan lebih tanpa memikirkan nasib orang lain. Sepatutnya pihak kerajaan perlu sering membuat tinjauan keseluruh pasaraya dan kedai-kedai runcit untuk memastikan harga barangan mereka selaras dengan apa yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan perlu kerap membuat serbuan tanpa memberi tahu pihak kedai itu sendiri.
Cara ini membolehkan kesemua muslihat yang terselindung yang telah mereka lakukan akan terbongkar. Jika pihak kerajaan memberitahu kepada pihak pekedai itu tentang kehadiran mereka, nescaya pihak kedai akan menurunkan harga barang selaras dengan harga yang diarahkan oleh kerajaan. Ini hanya untuk mengaburi mata pihak kerajaan sahaja. Kerana mereka tidak mahu tindakan undang-undang akan dijatuhkan kepada mereka kelak.
Penurunan harga barang hanya akan bertahan selama beberapa hari sahaja, selepas itu harga barangan akan meningkat seperti sedia kala. Kemudian pengguna yang akan mendapat tanparannya. Sepatutnya selepas tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan, perniaga akan lebih berhati perut mengekalkan harga barang dengan harga yang rendah. Tetapi semua itu hanya seperti ‘mencurah air ke daun keladi’.
Peniaga tetap menaikkan harga barangan mereka. Mereka sepatutnya perlu fikir tentang pendapatan penduduk setempat juga. Jika mereka menaikkan harga barang dengan melampau, adakah pembeli akan kedai mereka lagi. Pembeli boleh memboikot kedai mereka dengan tidak membeli dikedai mereka lagi. Dengan keadaan itu, peniaga juga akan mendapapat kerugian apa akhirnya. Tetapi manusia, jika sudah berada diatas lupa tentang kesusahan orang lain. Mereka langsung tidak menghiraukan masalah itu. Mereka hanya memikirkan keuntungan sahaja.
Oleh itu, siapa yang perlu dipersalahkan disini. Adakah peniaga atau kerajaan atau pengguna sendiri atas kenaikkan harga barang yang melampau. Pengguna sendiri berharap yang pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Kerana jika sampai ke tahun 2020 iaitu dikatakan Malaysia antara negara maju tetapi harga barang tidak juga mendapat kemajuaannya.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Hasil kerja seterusnya..

Hai...beberapa hari ni aku sebok sgt. biase la 2, dah nak abis sem, smpi nak update blog pon x berape sempat. ni pon cri2 masa kalo aku ad bkk internet tok buat research atau nak buat artikel, bkk la skli blog kesayangan aku ni. hari ni 15/10/2011 hari yang sungguh indah. mlm tdi Selangor berjaya kalahkan Perak dalam suku akhir Piala Malaysia. best giler. yg paling bestnye, Kelantan dah tersingkir. itu yg penting sekali. eh x yah la citer pasal bola tok update kali ni. kalo nak citer pasal bola, kite buat update lain plk. sbnrnye aku nak tunjuk hasil kerja terbaru aku. ala pe lgi kerje photo comm la. kali ni tajuknye GLASSWARE. kali ni pny keje aku x berapa suke sgt sbb aku rse gambar aku x cantik. tp x pe skrg2nye aku mencube dan dah pandai skt la gune adobe photoshop.
Glassware

Rabu, 12 Oktober 2011

Artikel ke sembilan - Di Mana Pelapis Bola Sepak Malaysia?


Pasukan Olimpik Negara
Selepas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia di Piala Suzuki AFF pada Disember 2010 lalu, pasukan ini telah menjadi perhatian semua pihak. Setiap perkembangannya sering diperkatakan oleh semua golongan masyarakat. Setiap pada perkembangan dan aktiviti semua pemain akan diperkatakan oleh semua media di Malaysia.
Tetapi setelah pasukan kebangsaan kecundang pada kelayakan Piala Dunia 2014 ke atas Singapura, jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagopal kini telah merangcang untuk mencari pelapis-pelapis baru untuk pasukan ini. Jurulatih kebangsaan ini telah menurunkan beberapa pemain muda pada perlawanan persahabatan menentang Australia 7 Oktober 2011 lalu.
Seperti peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, itulah yang dilakukan oleh jurulatih berpengalaman ini. Walaupun mendapat banyak pandangan dan komen daripada peminat bola sepak tempatan tetapi jurulatih ini tidak pernah melatah dengan keputusan yang telah dilakukan. Dia selalu yakin dengan apa yang dia lakukan.
Pada perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 5-0 ini, beberapa tonggak utama telah digugurkan termasuk kapten pasukan ini sendiri iaitu Safiq Rahim. Ramai yang beranggapan bahawa keputusan yang dibuat oleh Datuk K.Rajagopal itu tidak wajar kerana pemain seperti Amirulhadi Zainal, Aidil Zaquan, serta Safiq Rahim merupakan pemain-pemain yang berpengalaman dalam pasukan ini.
Bagi peminat bola sepak tempatan, gandingan pemain seperti Mat Yo (Nurshahrul Idlan), Safee Sali serta beberapa pemain yang telah digugurkan adalah gandingan yang akan menjadi. Ini kerana gandingan ini telah mengharumkan nama pasukan bola sepak negara dalam beberapa perlawanan persahabatan serta perlawanan lain.
Tetapi kita tidak sering berada diatas. Untuk itu, jurulatih berusia 55 tahun ini telah mengambil satu inesatif dengan memanggil beberapa pemain muda untuk diuji kemampuan meraka. Pada perlawanan yang berlangsung di Australia itu, Rajagopal telah memanggil beberapa pemain daripada skuad Olimpik negara dan beberapa orang pemain daripada negeri-negeri yang berlainan untuk diuji.
Antara pemain yang telah disenaraikan oleh Rajagopal ialah Wan Zaharulnizam, Nor Hafiz Zamani, Farisham Ismail, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, K Reuben, Khyril Muhymeen, Yong Kuong Yong, Shahrizal Saad, Izzaq Faris dan Farizal Marlias.
Walaupun permainan yang  berkesudahan dengan Australia meratah Malaysia dengan jaringan 5-0 tetapi itu tidak mematahkan semangat pemain-pemain Harimau Malaya ini. Ini terbukti apabila pada separuh masa kedua, Datuk K.Rajagopal telah memasukkan beberapa orang pemain gantian untuk melihat corak permainan mereka. Pada masa itu, tahap permainan mereka nampak agak memberangsangkan berbanding pada separuh masa yang pertama.
Menurut jurulatih yang berasal dari Selangor itu sendiri, dia ingin menilai tahap permainan kesemua pemain-pemainnya selama 90 minit permainan berlangsung. Walaupun harapan seluruh rakyat Malaysia dan pasukan itu sendiri ingin membolosi gawang pihak lawan tetapi pengalaman itu sangat penting. Dengan adanya perlawanan seperti ini, kesemua pemain dapat mempelajari dan memerhatikan corak permainan dari pihak lawan.
Pelapis bola sepak negara
Seperti yang kita ketahui, pemain-pemain dari Australia itu merupakan antara pemain-pemain yang bertaraf dunia. Kebanyakkan daripada mereka bermain untuk kelab-kelab yang bertaraf antarabangsa. Selain itu, bola sepak juga merupakan salah satu sukan yang amat digemari oleh seluruh rakyat Australia. Oleh itu, mereka sering mempamerkan permainnan agak memberangsangkan untuk tidak menghampakan peminat mereka.
Seperti pada perlawanan Malaysia menentang pasukan EPL iaitu Arsenal, Liverpool, dan Chelsea. Itu merupakan salah satu flatfom untuk pemain kebangsaan mempelajari teknik permainan yang bertaraf dunia. Tidak semua pemain bola mendapat kesempatan untuk bermain bersama dengan mereka.
Itu merupakan salah satu daripada menyunting semangat kepada kesemua pemain muda di Malaysia. Tidak kira yang telah dipanggil untuk mewakili Malaysia atau yang masih belajar. Kerana pengalaman sahaja tidak boleh menjamin satu kejayaan jika komitnen seseorang itu tidak ada dalam diri. Pelapis-pelapis ini perlulah diberi pendedahan yang meluas supaya mereka tidak terkejut jika berdepan dengan lawan yang bertaraf lebih tinggi dari mereka.
Walaupun pasukan Malaysia mempunyai banyak permain yang berpengaruh seperti Safee Sali, Nurshahrul Idlan, Safiq Rahim, Khairul Fahmi dan Amirulhadi tetapi kita  tidak boleh hanya mengharapkan pada mereka semata-mata. Kerana setiap apa yang ingin dilakukan perlulah mempunyai perangcangan jangka masa panjang. Seperti juga bola sepak, jika kita tidak mempunyai pelapis pada masa akan datang, siapa yang akan menggantikan pemain-pemain ini jika berlaku perkara yang tidak diingini pada mereka kelak.
Ada juga cakap-cakap luar yang mengatakan bahawa badan pengtadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM perlu mengambil tindakan atas masalah yang timbul ini. Sepatutnya mereka perlu mewujudkan satu badan induk atau kelab untuk mencari pemain pelapis bola sepak negara. Mereka seharusnya mencari bakat-bakat baru untuk dilatih dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka yang sedia ada.
Dikampung atau kawasan-kawasan tertentu, permainan bola sepak ada merupakan salah satu permainan yang sering dimainkan oleh remaja. Disitu FAM boleh mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis negara. Mereka boleh diuji bakat mereka dan diserapkan ke dalam mana-mana akademi bola sepak. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Itulah yang patut dilakukan oleh FAM. Tidak semua pemain bola sepak kampung tidak hebat cara permainan mereka. Sampai satu tahap, mereka lebih hebat berbanding pemain yang sedia ada.
Seperti di negara Eropah, mereka banyak menyujudkan akademi bola sepak bagi mencari pelapis untuk menggantikan pemain-pemain yang sedia ada pada masa akan datang. Ini kerana mereka sentiasa memikirkan sebab dan akibat yang akan berlaku pada masa kelak. Di sana mereka sering melatih pemain cara permainan yang betul dan menerapkan cara permainan yang konsisten. Dengan itu, pemain tidak akan membezakan permainan walaupun perlawanan kali itu hanya perlawanan persahabatan.
FAM seharusnya mencontohi apa yang telah dilakukan oleh orang Eropah itu. Kerana seperti yang kita ketahui, Eropah antara negara yang telah menghidupkan permainan bola sepak di dunia ini. FAM tidak perlu hanya mengharap pemain-pemain daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja. Mereka perlu mencari pemain dari setiap pelusuk selagi termampu. Tidak semua orang bernasib baik dapat memasuki sekolah berkenaan. Jadi tugas FAM untuk mencari dan memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan ini untuk menunjukkan bakat mereka.
Oleh itu, seluruh peminat bola sepak Malaysia berharap yang FAM akan membuka mata dan fikiran bagi memberi peluang kepada pemain pelapis ini untuk menunjukkan bakat mereka. Dengan itu, bola sepak negara akan lebih berkualiti pada masa akan datang dan peminat-peminat juga tidak akan hampa dengan apa yang dipersembahkan oleh semua pemain sama ada baru atau yang lama. Majulah sukan untuk negara.

Selasa, 11 Oktober 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Anda...

Gambar Hiasan
1- Rumah orang yang memutuskan silaturahim
2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram
3- Rumah orang yang memelihara anjing
4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya
5- Rumah yang mengumdangkan nyanyian yang memuja selain daripada ALLAH SWT
6- Rumah yang sering meninggikan suara
7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada ALLAH SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum
8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas
9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah
10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat
11- Rumah yang didiami oleh mereka yang melakukan dosa besar
12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa
13- Rumah pemakan riba, intres
14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock
15- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja
17- Rumah yang didiami peminum arak
18- Rumah yang mempercayai tukang tilik
19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat ALLAH SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian ALLAH SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20 - Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi janabah/junub
21- Rumah yang melakukan pembaziran (berhias dengan berlebihan)
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Hai-awak-nak-kenal-boleh-/194793977232663?sk=wall

Ahad, 2 Oktober 2011

Cinta Menurut Pandangan Islam...

Gambar hiasan
Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?Id=115