html

Jumaat, 23 September 2011

Artikel keenam - Bibir Cantik Dan Sihat


Bibir merupakan salah satu anggota pada wajah yang akan menampakkan kejelitaan wajah seseorang. Dengan hanya melihat bibir, kita boleh menyifatkan keadaan kesihatan seseorang itu. Jika bibir seseorang itu kelihatan pucat, kering dan tidak bermaya, kita boleh tafsirkan bahawa individu tersebut mempunyai masalah kesihatan.
Bibir yang cantik merupakan salah satu eset bagi seorang perempuan. Bagi mereka bibir merupakan salah satu tarikan yang ada pada dirinya untuk ditonjolkan. Jika seseorang itu mempunyai bibir yang tidak bermaya dan sering kering dan pecah, ia akan menjatuhkan semangat individu tersebut untuk berdepan dengan orang ramai.
Pada sesiapa yang bekerja atau sering berada ditempat yang sejuk atau berhawa dingin dalam waktu yang lama. Kemungkinan bibir akan menjadi kering dan pecah-pecah dengan lebih besar. Berikut merupakan kajian daripada salah seorang pengkaji dari Kansas City, Missouri mengenai rawatan bibir kering dan pecah.
Menggunakan pelembap bibir yang tepat. penugunaan pelembap bibir yang lebih lembap supaya dapat meresap ke bahagian bibir yang pecah. Lebih elok menggunakan pelembap yang mengandungi bahan yang berfungsi melembapkan struktur kulit. Jika anda sering berjemur di bawah cahaya matahari, lebih sesuai menggunakan pelembap dengan SPF (sun protection factor) supaya bibir tidak hitam.
Penggunaan lipsbalm yang mengandungi pH. Memakai peralatan kosmetik, memberus gigi, berkumur serta membersihkan muka adalah salah satu rutin harian setiap individu. Bahan-bahan yang digunakan ini mengandungi pH yang boleh merosakkan kulit anda. Oleh itu, kita perlulah menggunakan bahan yang mengandungi pH yang seimbang dengan kulit kita. Penggunaan lipsbalm selepas menggosok gigi atau membersihkan muka adalah salah satu kaedah yang akan membantu mengurangkan masalah bibir kering dan pecah-pecah.
Bahan-bahan semula jadi seperti madu juga mempunyai khasiat yang tinggi untuk kecantikan wajah dan kulit. Madu bukan sahaja digunakan untuk mengenakkan makanan dan minuman. Ia juga boleh digunakan sebagai masker. Selalunya masker diletakkan pada wajah tetapi madu juga boleh diletak pada bibir untuk mendapat hasil yang lebih menarik. Calitkan madu tersebut pada permukaan bibir pada sebelum tidur. Lakukannya pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang menarik. Bibir akan lebih menarik dengan lebih merah dan lebih lembap.
Jika kulit bibir sering pecah dan berkuping. Jangan sekali-kali mengopeknya. Kerana kulit bibir adalah begitu sensitive. Untuk menganggalkan kulit yang telah mati itu, hendaklah menggunakan lipsbalm yang mengandungialpha hydroxyl acid. Jangan sekali-kali menggunakan scrub, washlap atau alat lain yang boleh melukakan permukaan bibir.
Perbanyakkan minum air suam dan makan buah-buahan. Jika anda mengalami bibi pecah tanpa mengira waktu, kemungkinan anda kekurangan air dan serat dalam badan. Anda perlu perbanyakkan meminum air suam dam makan lebih banyak buah-buahan segar serta sayur-sayuran. Ini boleh menambahkan lagi gizi dalam badan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan