html

Jumaat, 23 September 2011

Artikel kelima - Facebook Permula Kejayaan


Walaupun perniagaan yang diceburinya merupakan salah satu perniagaan yang sedang hangat dilaksanakan dilaman social. Tetapi ia tidak mematahkan semangat Suhaila bt. Osman untuk berjaya pada masa akan datang.
Baginya, walaupun hanya berbekalkan modal yang sedikit tidak mungkin satu hari nanti hasil yang diterima berlipat kali ganda. Itulah prinsip yang dipegang oleh usahawan online yang menjalankan perniagaan melalui laman sesawang facebook.
Hanya berbekalkan modal sebanyak RM600, kini pemegang akaun facebook bernama ‘Triple S Collection’ boleh dikatakan telah berjaya mencapai maklamat asalnya. Kini beliau boleh tersenyum lebar kerana hasil jualan koleksi yang terdapat dalam laman sosialnya boleh menampung kos perbelanjaan hidup dan modal untuk jualan seterusnya. Dengan hanya modal yang kecil, kini telah merubah hidup Suhaila sekeluarga.
Ibu kepada enam cahaya mata ini telah dilahirkan pada 23 Jun 1979 di Kuala Lumpur. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Puteri Wilayah Kuala Lumpur. Walaupon tidak mendapat pendidikan yang tinggi, ia tidak mematahkan semangat anak sulung daripada 10 adik-beradik ini untuk mencapai kejayaan. Beliau menganggap kesusahan hidup tidak perlu berlanjutan jika adanya usaha.
Perniagaan pakaian wanita serta aksesori yang dijalankannya telah bermula sejak tahun 2009 di laman social facebook itu sendiri. Suhaila telah mendapat semangat daripada suami tercinta serta adik-beradiknya untuk menjalankan perniagaan yang begitu laris pada masa kini. Walaupun beliau merasakan bahawa perniagaan ini akan mendapat lebih banyak persaing tetapi ia tidak mematahkan semangat dan azam yang telah ditanam sejak mula menjalankan perniagaan ini. Beliau percaya lebih banyak persaingan, lebih mencabar perniagaan yang akan dijalankan.
Dengan hasil kerjasama pelbagai pihak, Suhaila telah banyak mendapat tempahan yang memberangsangkan seperti baju kurung, blouse serta tudung. Menurut Suhaila, beliau mendapatkan bekalan stok kesemua barangan tersebut disekitar Lembah Klang serta Kuala Lumpur. Hanya baju kurung sahaja beliau mendapatkan bekalan dari sepupunya yang mengambil stok terus dari Vietnam. Kesemua barangan yang dipamirkan di akaun facebook ‘Triple S Collection’ ini akan sentiasa dikemas kini. Supaya semua pelanggan tetap dan pelanggan barunya akan dapat melihat koleksi barangan terbaru daripada ‘Triple S Collection’.
Barangan yang dijual juga mengikut trend dan gaya masa kini. ‘Triple S Collection’ juga tidak mahu ketinggalan zaman dengan segala trend dan gaya anak muda masa ini. Dengan cara ini, dapatlah lagi beliau menambah jualan pakaian serta aksesori didalam laman facebooknya.
Seperti juga semua perniaga kecil-kecilan yang lain, Suhaila juga menyimpan hasrat untuk membuka sebuah kedai atau butiknya tersendiri. Ini bagi mempermudahkan lagi penjualan barangannya dan salah satu perancangan jangka masa panjang beliau dalam perniagaan ini. Menurutnya lagi, beliau merancang akan membuka kedai atau butik pakaian di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur pada penghujung bulan September ini. Katanya, beliau memilih tempat berkenaan kerana hampir dengan kediaman beliau sekeluarga.
Wanita berusia 32 tahun ini juga tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Ini terbukti apbila beliau sanggup melakukan segala tugas yang berkaitan dengan perniagaannya sendiri. Beliau akan meminta bantuan jika masalah yang melanda perniagaannya tidak dapat diselesaikan dengan sendiri sahaja. Bermula dengan pembelian barang, mengemas kini laman sosial facebook hinggalah penghantaran pos barangan yang ditempah oleh pelanggan, semuanya dilaksanakan dengan sendirinya. Katanya, beliau lebih senang melakukannya sendiri daripada menyusahkan orang lain.
Perkhidmatan serta layanan yang memuaskan juga menjadi faktor utama ‘Triple S Collection’masih bertahan sehingga kini. Daripada maklum balas yang telah diterima daripada pelanggan-pelanggan, rata-rata berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Walaupun hanya berniaga melalui internet, tetapi kemesraan antara perniaga dan pembeli perlulah diutamakan.
Segala kejayaan tidak akan terlaksana jika tidak ada kesabaran, azam dan tekat yang tinggi. Ini merupakan kata kunci yang selalu dipegang oleh Suhaila bt. Osman usahawan internet yang tidak mudah mengalah. Baginya, sokongan dan dorongan daripada keluarga tercinta yang menjadi tunjang utama kejayaannya sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan