html

Khamis, 8 September 2011

Suasana Hari Raya....



Hai....lme gak aku x update blog ni...biase la sebok dengan raya. raya tahun aku aku rase biase je la mcm tahun2 lepas. tp tahun ni kurang berjalan sbb ayah x sihat, lgi pon dah x ramai org tua yg nak dilawat...ni ad sikit ole-ole raya. tgk la, x sbrpa pon gambarnya. baru belajar kate...jji ada....:)

gambar 1 family












ayah,umi,maklong & paklong











menikmati ketupat

angah,tisyia & acik












menantu &mak mertua















adam &khalish




















amira,atirah &acik













family pakcu













bangah firdaus & k.ina






fifi...drive baru...


















Khamis, 25 Ogos 2011

Malang Tidak Berbau...

update kali ni amat la menyedihkan...mlm tdi (lbh tepat semalam) dlm kol 9.30 p.m. abg xcdnt...kene langgar dgn lori TNB.tp kat blkng abg 2 ad motor (indon yg bwk, sbb 2 die lari), mse 2 plk ad roblock kat dpn...abg kate lori 2 laju. kate yg abg bwk ni mmg tgh bhenti sbb roblock kate. tp kalo malang 2 mmg x berbau, dtg lori yg laju disamping motor yg nak lari dri roblock...lori 2 pon hemtam la motor + kate ayah skli...abg pusing stereng, telanggar skt kate dpn...mmg ALLAH msh sayangkan die sekeluarga. time 2 x de kate di lorong dpn. btl ckp org harta benda x ternilai berbanding nyawa... wlupon kate kene teruk sampi cam ni tp ALHAMDULILLAH abg sekeluarga x pe2... tp kite org risau kat ayah sbb ni kate die pas2 die plk bru pas operet jantung... tp nak buat cam ne fkr positif je... bende mmg nak jdi, kalo bkn mcm ni pon xcdnt 2 mmg akan berlaku...TUHAN 2 mmg dah tulis bende 2...doakan yang terbaik je...






Khamis, 18 Ogos 2011

David Villa hina Islam - Mesut Ozil

update kali ni aku nak cter pasal isu bola sepak antarabangsa. kalo bola sepak x bergaduh mmg x sah. gadoh skt2 pon jdi la.. ni cter pasal pemain Barcelona (DAVID VILLA) ngan Real Madrid (MESUT OZIL).... mls nak cter panjang2...bace sendiri la... artikel ngan gambar ni aku amik dari.....http://paaduu.com/david-villa-hina-islam-mesut-ozil/

David Villa hina Islam - Mesut Ozil

Pemain sensasi Barcelona iaitu David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina
agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2.

Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas. Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.

Kenyataan Mesut Ozil :-

I was defending my religion, because David Villa insulting Islam - Mesut Ozil

So, kita sokong lah pemain bola yang beragama islam terutama Mesut Ozil ini. David Villa nama je pemain star tapi tidak hormat agama Islam, buat apa. Kalau nak boikot dia lagi baik.

Disamping itu, pemain baru Barca, Fabregas menyindir pengurus Arsenal iaitu Wenger dengan menyatakan bermain di Barca lebih baik daripada bermain di Arsenal kerana tidak sampai 48 jam dia berada di Barca, dia sudah mendapat piala.

ni la DAVID VILLA...













ni la Mesut Ozil..

depth of field...

Hahaha ni la assignment ke 2 tok subjek Photo Communication... tajuk work ni depth of field. ala pic yg ad subjek ngan blur 2.. buatnye kalo x tau mmg ssh tp kalo dah tau best giler... ni la hasilnya...
pic ni sbnrnya ad warna tp SIR P dah edit skt2,
2 yg cntik huhuhu...





1 pic 2 je yg SIR P edit tp yg lain 2 original aku yg amik tau... nantikan hasil kerja aku yg seterusnya....

Rabu, 17 Ogos 2011

Paning & Shutter Speed




hahaha ni la hasil kerja aku beberapa hari...dalam byk2 gambar yg aku amik, ni je yg Sir P pilih...ni namenye paining & shutter speed...









Artikel keempat...Success ia a daily habbit

Did you know that by doing the daily habits we often do, we can achieve a success. This may sound so impossible. But all that happens in this world is a mixed bag. Like what we do everyday.

But the matter should be beneficial thing. These activities will not like hang out, skipping school or negative activity. Beneficial activities such as reading, doing activities and other beneficial.

Reading should be inculcated from childhood. Every parent is always to educate their children to read since they were born again. This was evident when as a child the parents are always reading fairy tales to their children before bed. Thus, their children will get a little sense to practice the activity.

No one denies the importance of meditation in the life of reading activities. Reading the power cord into the roots of an individual, but of a nation and a country. How powerful it is said that the military system or economic system of a country, would have fallen eventually if not all based on the height of knowledge. In the initial stage, of course, the knowledge acquired through reading.

By reading, we can have a broad knowledge of various matters. For example, we can find a fact by reading articles or books on the fact. In addition, reading can also change our outlook from negative thinking to positive thinking.

Reading can also be a hobby done in spare time. Reading does not necessarily focus only a matter of fact. In fact, we are also encouraged to read materials essentially entertainment, leisure, religion and more. For example, the novel is one of the most popular reading materials by adolescents in this age. Not necessarily a novel of love, the novel essentially political or facts are still favored by teenagers.

This shows that reading is not concentrated in one area only. All areas have their own reading material. Thus, there is no word not by reading books and save ourselves to say no.

To succeed, we must put first things first. This means that we do everyday to be preceded by the important thing in our lives.

Examples of important issues, such as placing themselves than the people around me. That is, if we are to do things or activities, we must think about the interests of ourselves first before thinking about other people.

If we are given two options to do something involving the future of our lives and our Success, or to please those around us, encouraged us advance ourselves. This is because the people around me do not guarantee our success. They also can not guarantee our pleasure in the future.

This is the first implementation of the first. The first thing is ourselves. No first in our lives unless we are alone. After performing the duties of ourselves that we think about others.

To be successful, we need to implement the important things. This means that the important thing useful. At the time of full modernization, teenagers often neglected by many things. For example, the existence of various gadgets and practices that are less healthy.

Lives to this turmoil that is often easily influenced by negative things. Western culture tends to go into the country easily accepted by young people is also at this time. Only the soul and the strength of the young hearts who can make them want to accept or reject the culture within them.

If you think about it, that culture is not what's important to follow them. There are other important things can be done by teenagers who can make them successful in the future.

They can mimic the way people from the west to think about success and implement things that are important in their lives. We are not follow the Western way of thinking but we need to filter the first and only take the things that matter only. Things that do not interest such as music does not need to be followed by the overpass.

Our daily activities are not always pleasant for all parties. Sometimes it is also unpleasant ourselves as well. If we often engage in those activities, within us there will be ennui to ourselves.

To avoid such feelings, we must think positively. Prayer is something that should and must be done to fix one's faith. If we do not pray religion and our faith would be shaken.

Of course we do not always be fun, ourselves and others. But we have to think that what when did this world has its own wisdom He. Good and bad things we do is dependent on Him.

We also do not have the right to make someone happy with our work but at least we have to think positive and always pacify our own hearts and feelings. And we need to think, all we do, it's sure to please ourselves and others. And most importantly, it will cause us to have success in the future.

Success should be sought by every man in the world. In Islam has allowed his people to find their own success. Success is not only derived from a person, but with hard work we do everyday habits can make us successful.

But these activities should be beneficial and open up things that distract. And habits that we do can be shared and serve as an inspiration to all who want success in their lives.

Ahad, 7 Ogos 2011

Artikel ketiga - Piala Malaysia


Bola sepak merupakan salah satu sukan yang diminati di dunia termasuk di negara kita iaitu Malaysia. Pasukan bola sepak di negara ini mula diperkenalkan pada awal tahun 1921. Selain pasukan yang mewakili negara yang dikenali dengan Harimau Malaya, di Malaysia juga terdapat pasukan yang mewakili setiap negeri dan kelab. Antaranya ialah Selangor FC, Kelantan FC, Terengganu FC dan banyak lagi.

Tidak sah jika ada sukan bola sepak tidak ada piala yang ditawarkan pada setiap musin. Seperti di Eropah, terdapat pelbagai piala yang ditawarkan seperti UEFA Champions League, UEFA Cup dan lain-lain. Seperti juga di Malaysia terdapat banyak piala yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk semua pemain dan juga kelab bagi permainan yang memerlukan 11 orang pemain ini. Antara piala yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia pada setiap musin adalah Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super, Liga Premier dan Piala Malaysia.

Dalam banyak-banyak piala yang di tawarkan ini Piala Malaysia adalah piala yang amat di nanti-nantikan oleh setiap kelab persatuan, negeri dan pemain. Ini kerana piala tersebut adalah piala penutup tirai bagi setiap musim dan akan melahirkan sebuah pasukan yang amat disegani bagi musin berkenaan.

Piala Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1921 dan pada ketika itu piala tersebut dikenali sebagai Piala Malaya. Piala ini merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini sudah hampir 90 tahun piala ini masih menjadi rebutan setiap negeri dah kelab bola sepak di tanah air.

Awal kemunculan piala ini dikenali sebagai Piala Malaya sebelum ditukar kepada Piala HMS Malaya pada tahun 1933. Pertukaran nama tersebut diambil bersemperna nama kapal perang HMS Malaya. Seorang pegawai kapal berkenaan yang bernama Kapten Ion Beauchamp Butter telah menyumbangkai sebuah piala dan menamakan piala tersebut dengan Piala HMS Malaya.

Pada tahun 1967 nama Piala HMS Malaya telah ditukarkan namanya lagi dengan nama Piala Malaysia yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Disamping itu, tidak lama kemudian terdapat pernyertaan daripada negara Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei yang turut menyertai kancah Piala Malaysia ini selepas namanya ditukar itu.

Tetapi terdapat juga sedikit masalah yang menimpa pada tahun 1995 apabila Singapura membuat keputusan untuk menarik diri dari Liga Malaysia sekali gus tidak menyertai Piala Malaysia. Masalah ini timbul apabila Persatuan Bola Sepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Tetapi Singapura juga pernah memenangi Piala Malaysia sebanyak 24 kali dan pada kali terakhir pada tahun 1994.

Sehingga kini Piala Malaysia menjadi salah satu piala yang diidamkan oleh setiap pasukan. Pada musin ini iaitu musim 2011 Piala Malaysia akan dimulakan pada bulan September iaitu selepas umat islam selesai menunaikan ibadah puasa. Seperti kebiasaannya Piala Malaysia ini akan disertai oleh perbagai kelab dari seluruh negeri di Malaysia. Pada tahun ini sebanyak 16 pasukan yang akan bertarung untuk merebut piala yang mereka idam-idamkan ini. Senarai pasukan yang menyertainya ialah Kedah, Perak, Sabah, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor PKNS, Sime Darby, Kelantan, Johor FC, KL Felda FC, Sarawak, Selangor, T-Team, Kuala Lumpur dan Polis.

Pada hari jumaat bersamaan 6 Ogos 2011 telah berlangsung majlis cabutan undi untuk menentukan kumpulan yang akan dibahagikan kepala setiap pasukan. Pada musin kali ini terdapat empat kumpulan telah dibentuk. Di kumpulan A telah diletakkan Kedah, Perak, Sabah dan Johor. Untuk kumpulan B juara Piala FA Terengganu akan bertemu dengan Negeri Sembilan, Selangor PKNS dan Sime Darby. Bagi kumpulan C juara Liga Super Kelantan akan bergandingan dengan Johor FC, KL Felda FC dan Sarawak. Dan bagi kumpulan D pulak pasukan yang pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak 32 kali Selangor akan bertemu dengan T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia.

Mengikut sejarah Piala Malaysia Selangor merupakan kelab yang paling banyak menjulang Piala Malaysia iaitu sebanyak 32 kali diikuti dengan Singapura sebanyak 24 kali. Ini adalah menyebabkan Singapura merupakan musuh tradisi dalam bola sepak Malaysia. Kali terakhir Selangor memegang gelaran juara untuk Piala Malaysia iaitu pada tahun 2005 sebelum gelaran tersebut dirampas oleh Perlis pada tahun berikutnya. Tetapi kecermelangan Perlis tidak bertahan lama kerana pada tahun berikutnya Kedah telah merampas kejuaraan selama dua tahun berturut-turut sebelum dirampas oleh Negeri Sembilan. Kegemilangan pasukan Kelantan juga telah membawa kejayaan kepada meraka apabila berjaya menjulang piala tersebut pada tahun lepas.

Selain daripada pertaruhan untuk mencari siapa juara, di Piala Malaysia ini juga adalah cabang untuk pengurus setiap pasukan memerhatikan kebolehan setiap pemain dalam pasukan mereka. Kerana pada musim seterusnya atau lebih mudah di sebut pada tahun berikutnya setiap pasukan perlu dirombak dan kontrak baru perlu dibuat. Di sini bermulalah proses pembelian pemain antara satu kelab ke kelab yang lain. Selalunya pemain yang berpotensi akan dikekalkan di dalam pasukan atau jika pihak persatuan lain berminat untuk membelinya, perlulah menawarkan dengan harga yang tinggi.

Selain Piala Malaysia itu yang menjadi rebutan setiap kelab dan persatuan bola sepak di Malaysia, gelaran dan anugerah kepada setiap pemain yang mempamirkan aksi yang cemerlang juga akan dinilai. Pada tahun 2009 telah diperkenalkan beberapa anugerah untuk member penghargaan kepada pemain yang beraksi dengan cemerlang di sepanjang berlangsungnya Piala Malaysia. Anugerah seperti penjaga gol terbaik, pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik, penyerang terbaik, pemain muda terbaik dan pemain paling bernilai telah ditwarkan kepada setiap pemain. Selain itu jasa persatuan dan kelab peminat juga tidak dilupakan apabila terdapat juga anugerah untuk mereka. Antara anugerah yang ditawarkan untuk mereka seperti persatuan bola sepak terbaik, kelab terbaik dan kelab penyokong terbaik.

Anugerah yang diperkenalkan pada tahu 2009 ini telah ditaja oleh 100Plus dan dengan adanya anugerah ini pemain-pamain tersebut berpeluang mencipta pengalaman yang lebih mendalam apabila ada di antara mereka dipanggil mewakili pasukan kebangsaan. Nama seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahru Idlan Talaha adalah antara nama yang sering diperkatakan di dunia bola sepak negara selain Mohd Safee Sali apabila berjaya mengharumkan nama negara apabila Malaysia menjuarai Piala Suzuki Aff pada tahun 2010.

Seperti juga tahun dan musim-musin yang lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan yang tinggi untuk Piala Malaysia kali ini. Mereka tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini akan berlaku sepanjang berlangsungnya kempen Piala Malaysia ini. Mereka mengharapkan pemain bermain dengan fikiran yang positif dan berlawan dengan sihat. Ini kerana sukan bola sepak ini adalah antara sukan yang digemari oleh seluruh rakyat di Malaysia. Jika ia dicemari peminat bola sepak negara akan hilang kepercayaan dan tidak akan menyokong bola sepak negara seperti sekarang dan nantikan siapa yang layak dan akan memenangi piala ynag di idam-idamkan oleh semua pihak ini. Majulah Sukan Untuk Negara.

Khamis, 4 Ogos 2011

Artikel kedua...


By : Siti Sarah Binti Bakar

Menganggap menuntut ilmu sebagai satu ibadah, Haji Najib bin Haji Ayob tidak pernah mengenal erti letih untuk mencarinya. Anak kelahiran Kapar Klang ini telah memulakan proses menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Kapar pada tahun 1967. Setelah menghabiskan pengajian diperingkat sekolah rendah, beliau telah pun menyambung pembelajarannya diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah pada tahun 1973. Setelah tamat tingkatan tiga dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP), dengan semangat yang ada beliau menyambung tingkatan empat sehingga tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah Klang dan pernah menerima anugerah pelajar tebaik aliran sains dalam peperiksaan SPM pada tahun 1977.

Walaupun berada dalam lingkungan keluarga yang kurang pendapatan itu tidak menjadi penghalang kepada insan yang lahir pada 11 April 1960 ini untuk menuntut ilmu. Setelah menamatkan zaman persekolahannya, beliau bertekat untuk menyambung pembelajaranya ke peringkat universiti pula. Haji Najib telah menyambung pembelajarannya di Universiti Teknologi Malaysia dari tahun 1978 hingga 1983 dalam jurusan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan pengkhususan bidang Kimia dan Fizik.

Setelah lima tahun mencari ilmu di UTM, anak ke enam kepada pasangan Haji Ayob bin Ahmad dan Hajah Fatimah binti Moad ini memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin Raub Pahang pada tahun 1983. Setelah hampir lima tahun menggajr di sekolah tersebut, beliau telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai Penolong Kanan Akademik pada tahun 1988.

Selama beliau berkidmat di Raub Pahang, anak ke enam daripada sembilan adik beradik ini telah bertemu jodoh dengan anak jati disana. Haji Najib bertemu jodoh dengan anak muridnya sendiri Hajah Rasdah binti Lahimin dan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu dua putera dan empat puteri. Haji Najib telah mendidik kesemua cahaya matanya dengan didikan agama yang cukup lengkap dan menjadi insane yang berguna untuk masyarakat.

Hampir sembilan tahun Haji Najib berkidmat di Raub Pahang, pada tahun 1992 beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Kapar Klang Selangor. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Beliau memulakan tugasnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar selama setahun sebelum ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram Kuala Selangor pada tahun berikutnya. Di sekolah tersebut beliau telah diberi tanggungjawab menggalas jawatan sebagai Guru Kanan Bidang Sains Dan Matematik pada tahun 1993. Setelah itu beliau dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Akademik di sekolah yang sama pada tahun 1995.

Tujuh belas tahun Haji Najib menjadi seorang guru yang berjaya di tiga buah sekolah, beliau menyambung kembali pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 hingga 2002. Demi cintanya kepada ilmu sains dan matematik, beliau telah menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Pandidikan disana.Setelah tamat pengajian, Haji Najib kembali semula ke sekolah yang ditinggalkannya sebelum ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dengan jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

Setelah penat mengajar dibeberapa sekolah di negeri Selangor dan Pahang, beliau diarahkan pula bertugas di Pejabat Pelajaran Derah Kuala Selangor pada tahun 2003. Disana beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Unit Sains dan Matematik dan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan ).

Selain menjadi seorang guru dan pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor, bapa kepada enam orang anak ini juga menjadi imam ke dua di Masjid Badariah Batu 12 Kapar. Baginya walaupun berjaya di dunia, di akhrat juga perlu mempunyai bekalan yang sama. Bakat menjadi seorang imam ini diambil daripada bapanya Haji Ayob yang menjadi imam pertama di masjid yang sama. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa cara dan alunan Haji Najib membaca surah semasa mengimamkan solat sama seperti bapanya juga. Dengan itu pada sesiapa yang masih merindui alunan suara Haji Ayob boleh la mendengarnya ketika beliau mengimamkan solat di masjid. Bak kata pepatah ‘dimana tumpah kuah kalau tidak ke nasi’.

Setelah hampir empat tahun berbakti di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor, beliau kembali semua mengajar dan mencurah ilmu pengetahuan yang selama ini disimpan didalam hati. Sekolah pertama yang beliau pergi setelah keluar dari Pejabat Pelajaran Daerah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh. Beliau mula mengajar di sekolah tersebut pada tahun 2007 dengan memegang jawatan sebagai pengetua. Ini bermakna beliau telah dinaikkan pangkat setelah empat tahun berkhidmat di PPD.

Tetapi khidmatnya di sekolah tersebut tidak bertahan lama apabila Haji Najib di arahkan untuk bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banting Kuala Langat pada tahun seterusnya. Di sana beliau masih lagi memegang jawatan sebagai seorang pengetua.

Pada tahun berikutnya iaitu 2009 insan yang berbintang aries ini diarahkan lagi untuk bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang. Disana beliau menghadapi begitu banyak cabaran kerana sekolah tersebuat antara sekolah yang begitu aktif dengan pasukan pancaragam dan Haji Najib tidak begitu mahir tentang perkara tersebut. Tetapi perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk mendidik anak bangsa. Baginya aktiviti luar dan akademik adalah sama penting untuk melahirkan bangsa yang berjaya dimasa akan datang.

Khidmatnya di Sekolah Menengah Tinggi Klang masih tidak diperlukan dengan begitu lama kerana pada tahun 2010 beliau diarahkan untuk menjadi pengetua kepada salah satu sekolah yang bermasalah di daerah Klang. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah. Sekolah itu juga merupakan sekolahnya pada tingkatan satu hingga tiga. Tetapi beliau telah membawa begitu banyak perubahan pada sekolah tersebut kerana pada tahun lepas sekolah tersebut telah melahirkan begitu ramai pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PMR. Wajah sekolah tersebut juga yang dulunya begitu suram telah berubah ceria dengan hasil sentuhan pengetua yang ingin berbakti kepada anak bangsanya terutama di kampung halamannya sendiri.

Sehingga kini beliau masih lagi berkhidmat di sekolah tersebut dan berharap agar pelajar-pelajarnya memberikan focus kepada perkembangan diri dalam aspek sahsiah, penampilan dan keilmuan. Selain itu, Haji Najib juga berharap agar pelajar-pelajar memberikan khidmat dan sumbangan yang positif kepada sekolah dan semoga pelajar-pelajar sentiasa berdoa terhadap kebaikan didunia dan di akhirat.

Rabu, 3 Ogos 2011

Malaysia vs Singapore

seperti yg dijanjikan aku akan kongsi pic2 aku mse kat stadium tgk Malaysia vs Singapore...Tgk la wlupon x de sape penah tgk blog aku ni...hehehe













mmg pengalaman yg x dpt dilupakan. mane xnye 2 la tmpt yg aku nak gi sgt. bkn stadiumnya tp tgk bola dpn mata. amirulhadi,muslim,apek dpn mata tuuuu....

Rabu, 27 Julai 2011

Sebelah kaki di STADIUM BUKIT JALIL...

Mcm x caye je sebelah kaki aku dah ad kat dalam stadium Bukit Jalil tok tgk perlawanan Pra Piala Dunia FIFA 2014 antara Malaysia vs Singapore... Sabtu ari 2 mse lawan kat Singapore, Malaysia kalah dengan dieorg 5-3. Esk kite akak tgk betapa hebatnye team HARIMAU MALAYA nak tumpaskan singa... Esk juga akan ad lautan kuning bitam dan biru di stadium yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia... Semangat ni nak gi esk.. Doa2 biar Malaysia menang kali ni... Hidup MALAYSIA hidup HARIMAU MALAYA... TANAH TUMPAH DARAHKU....

Selasa, 26 Julai 2011

Doakan kesihatan AYAH..(BAKAR B. MD ALI)

Semalam ayah aku dimasukkan ke Hospital Sri Kota Klang untuk opret jantung. Mcm biase la masalah mcm dlu lgi jantung tersumbat. Pagi tadi aku dpt tahu yang ayah dah msk blk opret tok wat injo tp doktor x dpt nak buat dgn sepenuhnya sbb saluran darah yg paling besar dah tersumbat jugak. Jadi tdi doktor dapt cairkan darah ayah je. Sekarang ni ayah kene ddk kat wad sementara tunggu keputusan dari doktor(mlm ni) untuk buat opret lagi sekali. Kali ni nak buat bypass plk. Harap2 semua akan berjalan dengan lancar.Aku isyaallah akan blk ke Klang hari jumaat sbb hari khamis 2 aku nak gi tgk bola jap. Doakan kesembuhan ayah aku...AMIN...

Isnin, 25 Julai 2011

25/01/2011

Assalamualaikum...mula dri skrg aku nak mule aktif kat blog plk, wlupon x de sape yg follow... ari ni nak cter bbrape pengalaman gmbire kat kolej... mulenye ari ni aku blja cre nak design magazine... ssh gak, mcm beperang aku ngan shila dlm lab tdi. Pas2 aku dpt tahu 1 brita gmbira, k.yana nak beli tiket bola (MALAYSIA vs SINGAPORE) OMG sebelah kaki aku mcm dah ad dlm stadium la, mcm x caye je.. Mmg bersyukur sgt sbb 2lah cita2 aku dri dlu, nak tgk bola kat stadium. Abg mmg penah bwk tp kat luar stadium la, die bgi aku dgr org jerit2 je... Tpi kali ni insyaallah akan tercapai... Nnti aku update pic kat stadium yek... Tapi dlm aku dpt brita gmbira 2, ad gak berita sedih yg aku dpt (wlupun aku dah tau lme berita ni). Ayah aku msk hospital. Pe lgi sakit jantung die lgi la. Salurannya tersumbat lgi. 2 la dah ckp jng hisap rokok, kan dah sshkan diri sendiri... Kalo aku nak cari suami nnti aku kene cri yg x hisap rokok la. Kalo die hisap gak, aku paksa die berenti...hehehehe

Ahad, 24 Julai 2011

Dia Gadis Bertudung...(hasil kerja p'1)

Dia seorang gadis bertudung yang bernama Siti Sarah Binti Bakar yang telah dilahirkan pada 8 Febuary 1991 di hospital yang menjadi kebanggaan seluruh penduduk di bandar diraja Klang Selangor iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Penampilannya sungguh ringkas. Seorang yang mementingkan keringkasan dan kesempurnaan. Dia mempunyai bentuk bulu kening yang begitu sempurna, tidak perlu dilukis atau dibentuk. Dia juga mempunyai aris mata yang sempurna. Tanpa menggunakan sebarang alat solek, matanya boleh diserlahkan. Dia juga mempunyai satu lesung pipit di pipi kanannya walaupun jarang kelihatan jika dia tidak tersenyum manja dan juga mempunyai bulu mata boleh menyerlahkan lagi aris matanya. Selain itu, dengan ketinggian yang hanya setinggi 140 cm dia begitu terserlah daripada rakan-rakannya yang lain. Walaupun tidak bernasib baik dalam bab ketinggian tetapi perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjaya di masa akan datang dan dalam hidupnya.

Mempunyai sebuah keluarga yang begitu kecil iaitu seorang abang dan seorang kakak, anak kepada pasangan suami isteri Bakar Bin Md Ali dan Masnah Binti Ayob ini lebih gemar dikenali sebagai kakak dikalangan ahli keluarganya dan Sarah dikalangan rakan sebaya. Bapanya seorang pengurus di sebuah bank di ibu kota Kuala Lumpur dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Walaupun dia adalah anak bongsu tetapi sifat matangnya tidak menunjukkan yang dia terlalu manja dengan ahli keluarganya. Dia juga lebih gemar berdikari berbanding bergantung kepada ahli keluarganya.

Anak jati Kapar Selangor ini menerima didikan awal di Tadika Taski Al-Hidayah Kapar sebelum meneruskan pembelajaran darjah satunya di Sekolah Kebangsaan Abdul Samad dan Sekolah Rendah Pekan Kapar. Dia seperti abang dan kakaknya iaitu sebelum memasuki alam persekolahan sebenar perlulah melatih diri di tadika. Selepas menamatkan sekolah rendahnya dengan mendapat keputusan UPSR sebanyak 2A2B1C, dia meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar selama lima tahun. Walaupun jarak antara sekolah dengan rumahnya begitu jauh iaitu 100 km, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Bak kata pepatah ‘menuntut ilmu sehingga ke negeri China’. Walaupun semasa di zaman persekolahan dia tidak begitu aktif dengan aktiviti yang pihak sekolah sediakan tetapi dia pernah menjadi wakil untuk sekolahnya dalam pertandingan English Drama Campaign dan mendapat tempat pertama bagi zon dearah Sabak Bernam. Dengan hasil usahanya selama lima tahun di tempat orang, dia telah menamatkan persekolahannya pada tahun 2008 dengan mendapat keputusan 2A4B1C1E untuk PMR dan 1A3B2C1D3E untuk SPM.

Walaupun dia tidak bernasib baik dalam keputusan SPMnya tetapi baginya hidup perlu diteruskan dan itu adalah baru satu permulaan. Dia terlah menyambung pelajarannya di sebuah kolej swasta di Pahang. Dengan percaturan mengambil Diploma Kewartawanan di IKIP International Kolej, dia berharap masa depannya akan berubah. Dia juga berharap, jurusan yang diambil ini akan dapat membuktikan kepada keluarganya bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.

Gadis kecil molek ini mempunyai perwatakkan yang boleh menggambarkan dirinya yang sebenar. Dia seorang yang manja dan lemah lembut. Tetapi siapa tahu disebalik sifat manja dan lemah lembutnya itu dia mempunyai sifat yang jarang ada pada seorang gadis suntik. Dia seorang gadis yang gemarkan cabaran. Aktiviti lasak adalah salah satu aktiviti yang di gemarinya. Tetapi dia tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti berkenaan kerana sering dibantah keluarga dan faktor tubuh badan yang terlalu kecil. Selain itu dia juga dilihat lebih matang daripada usianya yang baru mencecah 20 tahun. Ini terbukti apabila dia sudah tinggal jauh dari keluarga sejak belajar di tingkatan satu lagi. Dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh kerana dia merasakan dirinya akan lebih matang dan berdikari jika berjauhan dari keluarga. Tetapi di sebalik kekuatan yang dia ada, terdapat juga kelemahan yang tersimpan dalam hati keciknya itu. Dia seorang yang mudah tersentuh apabila melibatkan ibu dan ayahnya. Gadis bertudung ini akan mengalirkan air mata apabila ada yang dihajati oleh ibu dah ayahnya tidak ditunaikan.

Dalam hidup gadis yang berbintang aquarius ini, keluarga adalah perkara utama. Dia menganggap setiap perkara yang dilakukan adalah untuk kesenangan keluarganya. Setiap kejayaan yang ingin dikecapi juga akan membuatkan keluarganya merasa bangga kepada dirinya. Anak bongsu kepada Bakar Bin Md Ali dan Masnah Binti Ayob ini juga ada perkara yang diminati dan ada juga perkara yang tidak diminatinya dalam dunia yang sunggu moden ini. Perkara yang paling dia suka lakukan ialah memasak. Baginya jika seseorang itu lapar dia perlu mencari makanan tetapi jika makanan itu tidak dimasak sama juga ertinya, makanan itu tidak boleh dimakan. Dia berasa bahagia apabila dia dapat masak makanan kesukaan ahli keluarga. Baginya masak adalah perkara yang paling mudah dan mengembirakan yang pernah dia lakukan dalam hidup. Tetapi dalam kerajinan dia memasak, gadis 20 tahun ini tidak gemar mengemas rumah. Baginya pengemas rumah adalah sesuatu perkara yang memenatkan kerana setelah dikemas bahagian tersebut akan disepahkan juga akhirnya. Tetapi lumrah seorang wanita yang hidup dibumi ALLAH ini, walaupun tidak menggemarinya dia tetap melakukannya juga supaya dia dapat hidup dalam suasana yang tenang. Dia juga gemarkan suasana yang tenang.

Dalam hidupnya dia berpegang dengan ajaran agama islam yang telah diajar oleh NABI MUHAMMAD S.W.T.. Baginya setiap yang dilakukan perlu mengikut hukum syariah islam kerana kita hidup bukan didunia sahaja tetapi untuk akhirat juga. Dia tidak begitu menggemari isu-isu yang berkaitan dengan politik. Baginya politik adalah satu bidang yang akan membuatkan perbalahan antara satu sama lain. Selain itu, dia juga berpendapat lebih elok jika di Malaysia mengamalkan undang-undang mengikut hukum hakam agama seperti yang terdapat dalam Al-Quran.

Gadis yang mesra dipanggil Sarah ini memasang angan-angan untuk menjadi seorang wartawan sukan yang terbaik di Malaysia. Faktor yang menyebabkan dia begitu minat dan berazam ingin menjadi seorang wartawan sukan adalah kerana dia begitu minat dengan sukan bola sepak. Dia juga menjadikan wartawan sukan TV3 Fadzil Mohd Rais sebagai idolanya. Dia juga berharap dapat membuat liputan bukan sahaja didalam Malaysia tetapi diluar Malaysia supaya dapat menimba lebih banyak pengalaman.

Anak ketiga daripada tiga adik beradik ini mempunyai kemahiran yang seharusnya ada pada seorang wartawan yang terbaik. Kemahirannya ialah peka dari segi pendengaran dan suka menulis apa maklumat penting yang diterimanya. Dia juga sering melatih diri untuk menulis dan menaip dengan kadar yang laju kerana kemahiran itu wajib ada pada seorang wartawan yang berjaya. Selain daripada Fadzil Mohd Rais yang dijadikan sebagai idola, wartawan Astro Awani Ashwad Ismail juga salah seorang idolanya. Dia menganggap Ashwad Ismail seorang wartawan yang mempunyai pengalaman yang luas dan tidak pernah gentar dalam melaksanakan tugas. Ini jugalah sebab dan penyebab gadis kecil molek ini begitu bersemangat untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya dan berkebolehan dalam semua faktor.

Setiap apa yang dilaku oleh manusia perlu diadakan dengan motivasi. Sama ada dari segi lisan atau penulisan. Selain motivasi daripada ahli keluarga dan panduan daripada setiap idolanya, gadis berkulit sawo matang ini menjadikan sebuah artikel dari seorang ilmiah yang bernama Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad sebagai pembakar semangat buatnya. Artikel yang bertajuk ‘Cabar Diri Untuk Berjaya’ itu ditulis pada Disember 2003 dan diterbitkan dalam Majalah Cermin. Didalam artikel tersebut ada menyebut cara atau langkah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya dan hidup. Satu ayat yang menjadi perangsang untuknya ialah ‘lihat mereka yang lebih berjaya dari kita’. Dengan ayat ini dia menganggap yang dia perlu cemburu dengan kejayaan orang lain.

Semua manusia mempunyai harapan dan cita-cita. Begitu juga gadis bernama Siti Sarah Binti Bakar ini. Dia berharap pada suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang berjaya dan tidak dipandang rendah oleh orang sekeliling. Dan kata-kata semangat daripada Adflin Shauki dalam filem Soal Hati menjadi pegangan dalam hidupnya sehingga kini. “TANPA KEBERANIAN, MIMPI TIDAK BERMAKNA” .

Jumaat, 22 Julai 2011

Masih Mencari....

Aku rasa apa yang aku nak sekarang ni emue dah dpt tp ad satu saja lgi perkara yg sampai sekarang aku masih mencarinya. Pe lagi yg x cukup dalam diri aku kalau bukan CINTA. Kasih sayang dari keluarga, rakan2 semua aku dah dapat tpi kasih sayang dari seorang insan yang bernama kekasih masih belum aku rasa. Aku pon x tahu bila akan aku dapat merasa kasih sayang itu. Aku bukan tidak berusaha untuk mencarinya tetapi semua yang aku mengharap sudah berpunya. Aku juga insan biasa yg perlukan kasih sayang seorang lelaki yang bernama kekasih, imam, pemimpin untuk diri aku. Adakah aku ni terlalu memilih sehingga x ad yang nak dengan aku. Aku memilih tu wajar kerana aku mencari kekasih yang akan aku jdikan suami, yang akan membimbing aku ke jalan ALLAH. Aku x nak tersilap pilih dan aku bukan nak cari kekasih hanya untuk suka2 sahaja. Tetapi aku sering dikecewakan. Adakah aku ni terlalu berharap pada org yg x tahu aku berharap kepadanya? aku pon x tahu. Atau aku x perlu lagi memegang prinsip 'aku bukan perigi cari timba'. Sejak dri zaman sekolah lagi aku memegang prinsip 2 tp apa yang aku dapat. Sehingga sekarang aku masih lagi single, tidak berpunya. Umur aku sudah mencecah 20 tahun, aku x nak jdi mcm angah yg dah msk 25 tahun tpi masih tidak mempunyai pasangan hidup. Aku perlu mengenali pasangan hidup aku dahulu sekurang-kurangnya 1 tahun tp siapa? Aku berharap insan yang bernama kekasih akan muncul dalam hidup aku x lama lagi. A ku juga ingin melarasa itu semua.....